Saturday, January 31, 2015

from babysitter to taska

Tahun 2015 ni Sarah dah masuk usia 4 tahun..Disebabkan umur 5 tahun nnt Sarah akan masuk tadika so mama rasa tahun ni dah sesuai sangat untuk Sarah masuk taska untuk belajar bergaul dengan kawan-kawan dan menerima arahan daripada cikgu..

Asalnya mama ada mohon untuk masukkan Sarah ke taska Kemas berhampiran dengan ofis mama..Tapi takde rezeki Sarah kat sana..So paling senang mama masukkan Sarah ke taska di ofis mama sahaja..Senang nak hantar adik Mu'adz dan Sarah..Nak pantau pun senang..Hihiiii..

Ongkos masuk taska bawah ofis pun boleh tahan juga..Untuk budak umur 4 tahun yurannya dalam RM800++..Yuran bulanan RM250..Uniform 2 pasang, buku log harian, aktiviti dan lain-lain..Pejam mata aje la..Mama dah survey kalau tadika swasta yang lain semuanya RM1000++ aiyyakkk mcm nak belajar kt universiti aja..

5 Januari lepas merupakan hari pertama Sarah masuk taska..Bangun pagi alhamdulillah xda masalah..Cuma nak mandi susah sikitlah pasal pagi2 airnya kan sejuk..Huhuuuu..Lepas hantar adik ke rumah BS, mama pun hantar Sarah ke taska..Ramai juga budak baru tahun ni termasuklah Sarah..Muka pun cuak2 aje..Lepas hantar Sarah mama pun jenguk2 la dia setiap 2 jam..Mama pun rasa sedih dalam hati bila anak masuk taska..Over..baru masuk taska je pun..Huhuuu..

first day @ school



Hari kedua 

2nd day @ school

Hari ketiga - menangis pula pagi2 bila mama hantar masuk dalam taska...

Hari keempat - menangis tak mau masuk skolah..Berlari2 depan taska sampai mama kene dukung bawa masuk dalam taska..Meraung2 tak nk masuh..Smpai kawan2 pujuk pun tak mahu..

Hari kelima- bangun lebih awal, mood ceria..Bila mama hantar ke taska terus masuk dalam..x salam mama pun..huhuu..sabo je la..hari ni ada perarakan maulidur rasul..

5th day @ school

Masuk minggu ke-2 dan seterusnya alhamdulillah dah tak nangis lagi..Malam2 pun dah boleh tidur lebih awal dan tak menangis bila bangun pagi..Kadang2 tu nangis jugalah..Huhuuu..Biasalah kan budak2...Ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru..Inshaallah you will survive my dear daughter!

Wednesday, January 28, 2015

Mu'adz dan ekzema

Ibu-ibu sekalian, ketahuilah bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah unik, langsung tidak sama antara satu sama lain hatta mereka yang dilahirkan sebagai pasangan kembar..Betapa Allah itu Maha Bijaksana dan Berkuasa kan?

Sarah dan Mu'adz pun macam tu jugalah. Masa Sarah dulu alhamdulillah tiada masalah langsung..Cumanya masa tu supply ASI saja yang kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan Mu'adz..Masa Mu'adz dilahirkan memang sudah nampak kulitnya ada masalah. Memang masa lahir tu dah ada di pipinya merah2..Bila tanya doktor tiada jawapan dari hari pertama duk di wad sampailah discharge wad..Hampeh jugalah pengalaman bersalin kali kedua di HUKM..Pengalaman yang kurang menyenangkan..Mungkin bukan rezekiku agaknya masa tu..

Masalah kulit Mu'adz berlarutan sehingga kini..Mulanya kami sangkakan ruam biasa sebab masa bulan Jun tu memang musim panas berkuap2..Jadi ruam di bahagian dahi dan kulit kepala tu kami ingatkan biasa sebab doktor dan misi klinik pun gtau hanya ruam biasa..Tapi lepas 2-3 bulan masa pergi checkup doktor kata ruam susu dan mild eczema...Ohhhh eczema menyerang jua pada anakku!

Adalah doktor bagi acqeous cream utk sapu..Tapi aku sapu hanya sekali dua sebab bila sapu aje kulit Mu'adz jadi merah2 dan tebal..Mungkin tak sesuai..Aku ada jug try avoid makan produk Shaklee sbb takut ia punca..Cuba seminggu nampaknya Shaklee bukan penyebabnya..Yang aku perasan bila duduk di tempat yang berkipas tanpa aircond, kulit Mu'adz akan jadi merah dan biasalah dia akan suka garu2 smpi luka kulit pipinya..Masalah ekzema Mu'adz ni hanya di kedua2 belah pipi, telinga dan leher sahaja. Kawasan lain takda..Bila luka tu yang tak tahan tengok tu..Kesiannn sangat..Tapi entah kenapa berbulan2 juga aku tak pula rasa nak cuba mana2 produk. Aku hanya cuba sapu VCO saja dan itupun kurang berkesan..

Sampailah aku join eczema support group dalam fb baru-baru ni..Barulah mataku ini terbuka utk mencuba produk2 di pasaran dan mula mengenal makanan2 yang membantu melegakan masalah ekzema sebab Mu;adz kan masih menyusu badan..Jadi aku harus perhatikan apa yang aku makan dan yang boleh trigger eczema Mu'adz..

Baru-baru ni aku try guna Buds super soothing rescue lotion sapu di pipi muadz...Aku beli di fabulous mom online..Ade diskaun dapatlah RM45++, harga biasa dia RM53++..Huhuuu


Credit to Google

Alhamdulillah memang nampak kesannya..Kulit pipi Muadz makin pulih..Cuma bila datang tabiat menggaru dia tu akan berdarahlah kulit pipi dia dan cepat2 aku sapu super soothing rescue lotion tu..

Baru-baru ni juga aku ada nampak MooGoo starter pack utk kulit bermasalah di Rakuten Online ada offer..So apa lagi, rembat jugalah demi anakku sayang..

credit to google

Bila sampai aje, buka packaging aduhaiii berderau darah tengok barang rosak..Krim pecah...Terus call farmasi yang pos barang tu buat aduan..Alhamdulillah, bila aduan dibuat, mereka setuju utk gantikan set yang baru..Thank you Alive Pharmacy! Tapi aku belum cuba lagi produk MooGoo ni..Nak habiskan krim buds tu dulu baru buka set MooGoo ni...

Banyak juga yang aku pelajari bila ada anak ekzema ni..Banyak lagi ilmu yang perlu digali dan gali..Ilmu Allah ni sangat luas..Nanti nak buat satu entri la pasal ekzema utk rujukan sendiri di masa-masa akan datang..