Wednesday, April 2, 2014

Sarah di Alimkids Playgroup - part 1

Akhirnya kami bersetuju untuk daftarkan Sarah ke Alimkids Playgroup. Memandangkan Sarah memang selalu request untuk pergi school, dan excited bila tengok school di bawah rumah babysitter dia, kami rasa tak rugi nak masukkan Sarah ke playgroup ni dulu sebagai persediaan dia untuk masuk school next year.

Registration fee RM150 dan module fee pula RM200..So total dalam RM350..Satu modul ada 8 kelas..Lebih kurang 2 bulan lah kelas ni..

Modul baru pun bermula pada 8.3.14..So pagi tu mommy dan Sarah aje yang pergi bersama memandangkan abah Sarah ada tugasan lain. Agak kelam kabut juga pagi tu sebab nak keluarkan duit di mesin ATM depan rumah,tapi rosak pulak. Pergi ATM lain pulak ramai manusia..Nak tak nak kena beratur juga sebab tak cukup duit nak bayar utk registration Sarah nanti.

Agak lewat bertolak dari rumah..Ditambah pula tak berapa ingt jalan ke sana..Memang bawa kereta ala2 merempit jugalah..Dekat jam 10.15pagi baru kami sampai Alimkids. Mujurlah belum mula lagi masa tu..Bila dah ramai budak2 yang sampai barulah kelas dimulakan..Teacher Moon baca alfatihah dan doa bersama2 dengan kids..Lepas tu macam biasa lah sesi warming up iaitu menyanyi few songs..Sarah masih belum panas enjin..So dia banyak observe saja masa ni..Lepas tu teacher akan bacakan buku..Ada la diselitkan nilai2 murni dalam cerita tu..cerita pun simple2 saja..Modul kali ni tentang haiwan..So banyak cerita tentang haiwanlah..Habis bercerita sambung lagi nyanyi..

Lepas tu baru buat art work..Sesi ni la sebenarnya yang menarik minat kids termasuklah Sarah..Minggu ini kita buat spider menggunakan tepung jagung yang dicampur dengan hair conditioner..Sangatlah mudah membuat playdoh ni..Bolehlah cuba di rumah nanti :)
Yang mengadun playdoh tu tentulah mommies kan..budak2 ni excited juga..


Second class @ Alimkids ~15 Mac 2014 

Disebabkan kelas pertama haritu kami sampai lewat, so kali ni mommy keluar lebih awal..5 minit sebelum pukul 10 kami dah sampai school :) Dan kami menjadi orang pertama yang sampai..Hehehee..So sementara menunggu kawan2 yang lain, teacher pun bagi Sarah gambar dan color pencils utk mengisi masa yang ada..Oh...this week kita belajar tentang kucing..

Untuk kelas kedua ni mommy dah nampak sedikit perubahan pada Sarah..Sarah dah x jadi pemerhati lagi..Sarah dah mula nak join aktiviti especially aktiviti nyanyian tu..Heheee..Aktiviti seperti biasalah yer..nyanyi2..baca buku..nyanyi lagi..lepas tu art work kita buat gambar cat..Cuma di akhir aktiviti kali ni kita main parachute..Wahhh seronoklah semua budak2 ni dapat main parachute tu :)


Third class  @ Alimkids ~22 Mac 2014


Minggu ni teacher Moon takde, so replace dengan teacher Ashie..Kelas kali ni x berapa ramai kids yang datang..Kali ni Sarah dah jadi makin aktif..Seronok sangat join nyanyi2..Budak2 memang suka berlari2, melompat2..So mommy kena banyak sabarlah melihatkan aksi Sarah yang lebih aktif berlari2 berbanding kawan2 yang lain..Huhuuu..Yang jelas, Sarah kalau aktiviti nyanyi2 dan art work tu dia boleh concentrate..Tapi bila teacher bacakan buku, dia lebih suka berlari2 tawaf satu kelas..Aduhaiii anakku..Takpelah sebab perkembangan dan minat anak kan berbeza2 :)

Untuk art work kali ni, kita buat tiger puppet..Menarik juga sebab menggunakan water color..New exposure kepada anak2..



4th class @ Alimkids ~29 Mac 2014

Teacher Moon is back this week..Hari ni budak2 cuma bertiga saja yang datang..Kelas tetap diteruskan..Sarah dah boleh adapt dengan kelas..Minggu ni kita belajar tentang burung :)
Seronok sangat dapat mewarna gambar angry bird..lepas tu main tampal2 burung dekat dahan..aktiviti2 macam ni mmglah budak2 suka..Sarah seperti biasalah bila aktiviti membaca buku, dia akan berlari keliling kelas :) Layankan aje lah


Ada few class lagi untuk modul ni..Mommy mmg nampak perubahan pada Sarah..Mommy harap dengan membawa Sarah pergi kelas macam ni dapat membantu perkembangan minda Sarah..Tahun depan kan dah nak masuk kindy :) tapi mommy nak hantar Sarah pergi playschool aje pun..Tak naklah push sangat budak2 umur 3-4 tahun ni.. Bila dah masuk 5 tahun tu dah ok dah nak mula belajar..InsyaAllah...

*pic credit to Itsy Aulad