Monday, December 8, 2014

4.12.14 ~Mu'adz turns 6 months

Alhamdulillah Mu'adz dah masuk 6 bulan dah..Pantas masa berlalu..Sungguh, mommy tak sangka dapat menyusukan Mu'adz sepenuhnya dengan ASI selama 6 bulan ini..Mudah2an dipermudahkan urusan sehingga 2 tahun usia ye anak..

Update anak-anak

Mu'adz
Berat : 8.01 kg
Panjang : 68 cm

Sarah
Berat: 17.7 kg
Tinggi: 105cm

Dua-dua anak mommy membesarkan dengan jayanya..Semoga kalian membesar menjadi insan yang bertaqwa mengikut acuan syariah islamiah, ameen..

Bila dah masuk 6 bulan biasanya bayi sudah boleh diperkenalkan dengan makan pejal..Mommy lewatkan sikit beri Mu'adz makan sebab kalau hari kerja confirm kalut nak siapkan makan semua. So hari Sabtu baru mommy bagi Mu'adz makan..Hari Jumaatnya carilah avocado dan pisang. Niatnya nak bagi Mu'adz makan avocado..Sekali buahnya belum masak ranum lagi..Kulitnya pun hijau lagi..Perlu diperam dahulu..Mommy pun peramlah avocado tu dalam paper bag..Belilah pisang berangan di pesta Jom Makan Buah di Taman Warisan, sekali try makan rasanya masih kelat..Sabar je lah..

So, kebetulan di rumah tok ayah ada buah epal..So mommy pun buatlah puri epal utk Mu'adz..Senang je cara membuatnya. Mommy gunakan sebiji epal, dibuang kulitnya dan dikukus seketika. Bila buah dah lembut, bolehlah dikisarkan dengan sedikit air atau EBM..

muka serius aje makan puri epal           




Bila suapkan dekat Mu'adz makan, hihiiii macam pelik je reaksi mukanya..Biasalah, first time dapat rasa makan kan..Adelah 2 suap dia makan..Mommy pun takmo paksa dia makan..Keesokannya try bagi lagi puri epal, nampak ada perubahan..Bolehlah dia makan sikit2..Pagi2 buta sudah poo poo kaler hijau..Baguslah tu kan ;)

Nanti buah avocado dan pisang dah masak kita cuba makan puri avocado dan pisang ye nak!

muka ceriaaaa makan pisang lenyek

Saturday, October 18, 2014

Birthday party

8 Oktober lepas my niece, Safiyyah sambut hari lahirnya yang pertama..Alhamdulillah, Sapiya dah setahun :)

Disebabkan nak bagi adil dan saksama untuk semua kanak-kanak riang pada hari sambutan hari lahir Sapiya, maka mommy dia pun tempahlah 3 biji kek yang serupa dan mommy telah memaksarela che sue, opah dan uncle utk belikan hadiah buat mereka..Bukan ape..kesian sebenarnya bila tengok budak2 besar diorg ni excited nak tiup kek hari jadi..Maklumlah mommy x pernah buat birthday party celebration utk Sarah..Maafkan mommy ye sayang..InsyaAllah ade rezeki tahun depan kita buat ye..

Enjoy the picca!!


Sunday, October 5, 2014

4.10.14 ~ monthly update

Alhamdulillah anak mommy sudah 4 bulan hari ini.. Kakak Sarah pun hari ni usianya sudah 3 tahun 7 bulan..

Progress adik Mu'adz

Berat: 6.8kg
Panjang: 64 cm

Alhamdulillah, adik membesar dengan sihat..Sekarang ni adik Mu'adz terkena selsema..Mula2 selsema aje lepas tu datang pula batuk..Mommy tak beri apa2 ubat. Mommy guna natural remedy sahaja iaitu garlic oil, garlic socks dan bawang merah..Mommy pun perlu jaga makan sebab adik pun dapat makan daripada sumber makanan mommy jugakkan..

Semoga adik cepat sembuh...

Friday, September 5, 2014

4.9.14

Alhamdulillah...Mu'adz turns 3 months and kakak Sarah turns 3 1/2 yr today...

Mu'adz progress
wieght: 6.4kg
height: 61cm

Sarah
weight: 16kg

Mu'adz sudah boleh meniarap 2 hari sebelum genap usianya 3 bulan..Seriau mommy mengenangkan tempat yang awak sunat tu masih bengkak lagi...

Friday, August 8, 2014

4.8.14

How time flies!!!

Mu'adz sudah berusia 2 bulan hari ni..Kakak Sarah pun dah 3 tahun 5 bulan...Semoga anak2 mama membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna pd masa depan...

Mu'adz
Weight: 5.8kg
Height: 58cm

Sarah
Weight:15.7 (tulang mampat dan padat..buleh patah pinggang nak angkat die)
Height: x ukur pulak..


Friday, July 4, 2014

Alhamdulillah, hari ni Mu'adz sudah sebulan...Cepat masa berlalu..Berpantang pun sudah 30 hari..Ada lagi 14 hari tinggal..Hip hip hoorayyy..

Berat Mu'adz pun dah 4.6kg..Naik lbh krg sekilo daripada berat masa lahir...

Kakak Sarah pula hari ni dah 3 tahun 4 bulan...Sejak dapat adik ni perangai kakak makin menjadi2..Huhuuu..Sindrom dapat adik baru kot..Memang menguji kesabaran mommy ajer kakak Sarah ni...

Ape2 pun,kehadiran Sarah dan Mu'adz sangat bererti buat mommy..Smg kalian menjadi anak2 soleh/ah ye..

Mommy love both of you!