Wednesday, September 25, 2013

Anak mommy demam...

Lama rasanya anak mommy ni x demam..Rasanya last demam awal bulan Mei lepas masa mama dpt tahu mama preggy..

Semalam sebelum Sarah nak tidur tu mommy rasa badan Sarah dedar..Check suhu badan dalam 36.9c..Tengah malam Sarah bangun minum air kejap..Tak lama lepas tu muntah pula..Masa tu badan mmg dah panas..Mommy check suhu pun dah 37++c dah..confirmed demam..

So pagi ni awal2 pagi siap2 terus ke klinik kesihatan..Ramai pula orang hari ni..Tapi alhamdulillah cepat pula urusan hari ni..Mungkin sebab kanak2 demam kan..Pergi kaunter ambil suhu badan dan berat badan. Lepas tu terus ke bilik prosedur..Masuk ubat ikut bontot..Huhuuu..1st time kene macam ni..Biasa dengar anak orang yang kene..Ubat tu untuk turunkan suhu badan anak dengan lebih cepat..Biasa kalau makan ubat, budak2 akan muntah semula..

Tak lama lepas tu no giliran pun dipanggil. Masuk jumpa doc..Doc tu pula doc yg periksa mama masa masa miscarriage aritu...Doc advise kalau esok masih demam, kene dtg semula klinik amik darah..Takut denggi pula..Lepas tu terus ke kaunter ubat..

Alhamdulillah urusan selesai dengan cepat hari ni..Terima kasih Allah..

Semoga anak mommy cepat sihat..Tak bestlah pula tengok Sarah terbaring lesu aje..

Mommy love u Sarah!

Friday, September 6, 2013

Dental Check Up for the first time

Kisahnya semasa check up Sarah sekitar bulan Julai lalu, nurse ada sarankan untuk bawa anak jumpa dentist..Klinik kesihatan ni ada sediakan servis pemeriksaan gigi kanak2 di bawah usia 5 tahun..

Kebetulan kami mengambil cuti raya yang panjang tahun ni. Jadi masa2 yg free tu kami pun pergilah klinik untuk buat pemeriksaan gigi Sarah. Pada aku, gigi Sarah setakat hari ni memang bersih. Takde lagi tanda2 nak kene karies gigi dsb..

So kami ke klinik pada hari Khamis selepas zohor..Memang ramai manusia yang mendapatkan servis di klinik gigi ni. Maklumlah free kan..Kalau klinik swasta mahal pula cajnya..Bila dah free tu mmg kene tahan sabarlah sebab gilirannya mmg lama..

Bila nombor giliran kami dipanggil, mommy abah n Sarah pun masuk dalam bilik rawatan..Meriah uols, anak beranak sume masuk..Excited gitu agaknya ;)

Abah baring sekali dengan Sarah atas kerusi sebab takut Sarah tak biasa n nangis..Bila disuruh buka mulut, Sarah pun nganga..Alhamdulillah, nurse cakap gigi Sarah xde masalah..Gigi masih cantik dan perlu dijaga selalu. Kurangkan makanan yang manis2 dan gosok gigi selalu..Datang check gigi setiap 6 bulan..

Baiklah nurse! Insyaallah kami akan take care of this anak syurga, bukan hanya gigi dia saje ;)

Mommy bangga dengan Sarah sebab Sarah berani dan langsung tak takut nak periksa gigi. 
Mommy love u Sarah!


Wednesday, September 4, 2013

Sarah turns 30months young today

Alhamdulillah, hari ni Sarah dah masuk 30 bulan..Dah 2 tahun 6 bulan anak mama ni..Syukur di atas segala limpahan rahmat yang Allah berikan kpd kita..

Masuk umur 2 tahun setengah ni ada few checklist yang mama kene buat untuk Sarah. Antaranya

Potty training
Weaning off [breastfeeding]


Mengaji muqaddam 

Tidur di katil sendiri


Hahaha takmo buat banyak2 checklist..Yang 4 ni pun belum tentu succeed lagi sebab memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yang kuat! Especially 2 di atas tuh..

Action plan pun belum ado. Baru buat checklist je ni..Insyaallah mama akan buat slow n steady sampai berjaya..Chaiyyyo..Chaiiiyooo!!