Kisahnya semasa check up Sarah sekitar bulan Julai lalu, nurse ada sarankan untuk bawa anak jumpa dentist..Klinik kesihatan ni ada sediakan servis pemeriksaan gigi kanak2 di bawah usia 5 tahun..
Kebetulan kami mengambil cuti raya yang panjang tahun ni. Jadi masa2 yg free tu kami pun pergilah klinik untuk buat pemeriksaan gigi Sarah. Pada aku, gigi Sarah setakat hari ni memang bersih. Takde lagi tanda2 nak kene karies gigi dsb..
So kami ke klinik pada hari Khamis selepas zohor..Memang ramai manusia yang mendapatkan servis di klinik gigi ni. Maklumlah free kan..Kalau klinik swasta mahal pula cajnya..Bila dah free tu mmg kene tahan sabarlah sebab gilirannya mmg lama..
Bila nombor giliran kami dipanggil, mommy abah n Sarah pun masuk dalam bilik rawatan..Meriah uols, anak beranak sume masuk..Excited gitu agaknya ;)
Abah baring sekali dengan Sarah atas kerusi sebab takut Sarah tak biasa n nangis..Bila disuruh buka mulut, Sarah pun nganga..Alhamdulillah, nurse cakap gigi Sarah xde masalah..Gigi masih cantik dan perlu dijaga selalu. Kurangkan makanan yang manis2 dan gosok gigi selalu..Datang check gigi setiap 6 bulan..
Baiklah nurse! Insyaallah kami akan take care of this anak syurga, bukan hanya gigi dia saje ;)
Mommy bangga dengan Sarah sebab Sarah berani dan langsung tak takut nak periksa gigi.
Mommy love u Sarah!
No comments:
Post a Comment