Wednesday, December 18, 2013

2 tahun 9 bulan

Alhamdulillah, anakanda mommy sudah pun 2 tahun 9 bulan pada 4 Disember yg lepas..

Checkup last few days di klinik menunjukkan perkembangan yang sihat, alhamdulillah..
Kali ini Sarah kene makan ubat cacing kali yang kedua..Alkisahnya pasal ubat cacing..

Sejak balik dr klinik petang tu, Sarah asyik bertanyakan mommy yang doktor suruh dia makan ubat cacing? Mommy terangkan kpd dia kenapa perlu makan ubat cacing dan sejak itu dia sangat excited menunggu bila masa nak makan ubat cacing.

So malam harinya, selepas selesai solat isyak, mommy pun siap sedia nak beri Sarah makan ubat cacing..Nampak excited sungguh siap meloncat2 atas katil kegirangan nak makan ubat cacing..Hahaaaaa..So mommy pun siap sedia tuangkan ubat tu dalam sudu dan abah pula siap sedia pegang Sarah dengan kemas utk elakkan dia menepis tatkala ubat cacing disuapkan ke dalam mulut..Bila masuk je ubat tu ke dalam mulut, muka Sarah terus berubah jadi kelat dan dia luahkan semula ubat tu keluar..Mommy pun mmg dah tergelak besar sbb kelakar tgk gaya budak kecil sorang ni begitu teruja nak makan ubat. Biasanya budak2 mana suka makan ubat..

Lepas tu abah dia pula la yang take turn suapkan ubat..Berjaya juga menghabiskan sebotol ubat cacing..Mungkin silap mommy juga sebab suap sesudu penuh ubat tu..Kalau suap sikit2 mesti dia ok kot..Hahaaa..Lepas makan je, tiap kali kencing mesti tanya cacing tu dah keluar ke? Hahaaa..Anak oh anak..Sungguh bahagia melihat telatah kamu yg comel itu..

Mommy love you Sarah!

Ohhhh..dalam banyak2 checklist, mommy belum berjaya buat potty training utk anakanda..Tapi now bila dah kencing, Sarah dah boleh gtau yg dia dah kencing, bukan dia nak kencing..Huhuuuu..Insyaallah, akan mommy usahakan utk jadikan Sarah bebas lampin pd usia 3 tahun nanti..Insyaallah..

Alhamdulillah, di usia ini Sarah sudah berjaya wean off. Anak mommy dah tak mahu breastfeed lagi..Dan ini atas kemahuannya sendiri, bukan paksaan..Syabas beteee..

Current update
Weight: 14.3kg
Height: 93 cm
BMI: 16

Masa lahir
Weight: 3.1 kg (born @ 38 weeks)
Height: 47 cm

No comments: