Friday, February 21, 2014

Bila berjauhan dengan anak

Sejak Sarah lahir sampailah usianya 2 tahun 11 bulan ni, ke mana-mana mommy pergi mesti tak tinggal Sarah..Ingat lagi seminggu lepas naik cuti bersalin, mommy kena outstation ke Penang..Masa tu abah berkorbanlah amik cuti temankan mommy..Sarah pun kecik sangat lagi masa tu baru 3 bulan...Biasanya memang mommy akan angkut saja Sarah ke mana mommy pergi..Masa kecil2 Sarah masih breastfeed..Memang susah nak tinggal..Ada sekali tu mommy kene pergi bengkel di Melaka..Abah tak dapat teman, so mommy angkut che sue temankan sekali sebagai babysitter Sarah di sana. Makan minum ditanggung beres :)

So this time la first time mommy terpaksa berpisah dengan Sarah..Mommy ada kursus di KL..Bilik pula kene sharing..Kalau dapat bilik single haruslah mommy akan angkut sekali Sarah..Lain macam betul lah perasaan bila tinggalkan anak for the first time..Dah nama pun emak kan..macam2 bermain di fikiran..



Paling tak tahan tu, bila Sarah ngadu rindu kt mommy..Of course mommy pun rindukan Sarah juga sayang..Bangun tidur tanpa mengucup pipi kamu terasa janggal pula..Huhuuu..Untuk malam pertama tu mommy buat video pendek dan hantar pada abah..Sudahnya berkali2 Sarah asyik tengok video tu..Siang2 pula dalam perjalanan ke rumah babysitter, abah akan buat videocall..So bolehlah Sarah dan mommy bersembang 'face-to-face'..Syukurlah zaman sekarang ni sudah ada banyak teknologi yg boleh 'mendekatkan' kita dengan ahli keluarga..

Being a mother memang bab2 meninggalkan anak ni benda yang paling sukar utk dilakukan..Kadang2 tengok member2 yang kena outstation sampai sebulan dua tu Ya Allah..tabah sungguh mereka walaupun mommy pasti jauh di sudut hati mereka juga berat hati nak berjauhan dengan anak..

Sarah memang biasa kalau abah yang outstation..So kali ni bila mommy yang outstation memang lain macamlah keadaannya..Tapi alhamdulillah, nampak dia faham yang mommy kene pergi work..Anak mommy makin besar dan cerdik...InsyaAllah mommy cuba utk elak berjauhan dengan Sarah lagi lepas ni..

Mommy love u Sarah!

Tuesday, February 11, 2014

Alimkids Playgroup

Hujung bulan Januari lepas, mommy ada bawa Sarah join free trial class by Alimkids Playgroup di Butik Tateh, Bangi..Actually masa Sarah umur 18 bulan dulu pun mommy pernah bawa Sarah join free trial playgroup di Excel Qhalif, Bangi..

Mungkin masa tu Sarah masih kecil, tambah pula tengah sakit mata..Jadi dia hanya jadi observer saja..Cuma aktiviti art n craft tu dia seronok la join.

Di Alimkids tu, cousin Sarah, Thaqif pun join sekali..Jadi taklah bosan Sarah pergi kelas seorang diri..Kami tiba lewat few minutes..Tapi masa tu belum start class lagi..Kelas dimulakan dengan bacaan AlFatihah dan doa..Teacher yang conduct kelas masa tu namanya teacher Mun..

Masa awal2 kelas, banyak menyanyi..Tapi Sarah n Thaqif nampaknya kurang berminat..Huhuuu..Si Sarah lebih berminat nak main display walker di sudut tepi kelas..Aduhaiii anakku!

Tapi di akhir kelas ada aktiviti arts & crafts..Ini memang budak2 semua enjoy! Daripada proses mengambil barang2 daripada teacher semua mommy biarkan Sarah buat sendiri..Aktiviti pada hari tu ialah aktiviti cop2 kentang dengan water color..Hahaaa teringat zaman sekolah dulu masa pendidikan seni.. Kena buat bentuk pada buah2an n then kita tekapkan pada kertas lukisan. Memang menarik..Tapi utk anak2 yg baru usia mereka 2 tahun lebih ni jangan expect tinggi sangat..Pada mommy diorang berminat dan buat pun dah cukup baik..Hehee 

Habis aje kelas semua kids diberikan air minum dan roti..Bolehlah buat alas perut sebelum lunch :) Organiser ada tanya sama ada kami berminat utk hantar anak2 join kelas ni..Mommy & mommy thaqif perlu diskusi dulu dengan suami masing-masing..InsyaAllah memang berminat nak hantar..

Sebelum bertolak pulang ke rumah kami singgah dulu di kedai berhampiran makan froyo..frozen yogurt..hehee..nampaknya anak2 lebih gemar bermain drp makan..Kesimpulannya memang emak2 aje lah yang menghabiskan yogurt tu..So you know why emak2 berbadan besar skrg? Sbb emak2 ni la yang selalunya terpaksa menghabiskan makanan daripada membazir *__*

Tuesday, February 4, 2014

Sarah is 35 months today!

Alhamdulillah Sarah hari ini berusia 35 bulan..Bulan depan insyaAllah genap Sarah 3 tahun..Sungguh pantas masa berlalu..Anak mommy pun makin membesar dengan sihat, makin petah berkata-kata, makin banyak bertanya itu ini sampai kadang2 tu tak tahu apa nak jawab ;p

Mommy love you much2 darling!