Tuesday, February 11, 2014

Alimkids Playgroup

Hujung bulan Januari lepas, mommy ada bawa Sarah join free trial class by Alimkids Playgroup di Butik Tateh, Bangi..Actually masa Sarah umur 18 bulan dulu pun mommy pernah bawa Sarah join free trial playgroup di Excel Qhalif, Bangi..

Mungkin masa tu Sarah masih kecil, tambah pula tengah sakit mata..Jadi dia hanya jadi observer saja..Cuma aktiviti art n craft tu dia seronok la join.

Di Alimkids tu, cousin Sarah, Thaqif pun join sekali..Jadi taklah bosan Sarah pergi kelas seorang diri..Kami tiba lewat few minutes..Tapi masa tu belum start class lagi..Kelas dimulakan dengan bacaan AlFatihah dan doa..Teacher yang conduct kelas masa tu namanya teacher Mun..

Masa awal2 kelas, banyak menyanyi..Tapi Sarah n Thaqif nampaknya kurang berminat..Huhuuu..Si Sarah lebih berminat nak main display walker di sudut tepi kelas..Aduhaiii anakku!

Tapi di akhir kelas ada aktiviti arts & crafts..Ini memang budak2 semua enjoy! Daripada proses mengambil barang2 daripada teacher semua mommy biarkan Sarah buat sendiri..Aktiviti pada hari tu ialah aktiviti cop2 kentang dengan water color..Hahaaa teringat zaman sekolah dulu masa pendidikan seni.. Kena buat bentuk pada buah2an n then kita tekapkan pada kertas lukisan. Memang menarik..Tapi utk anak2 yg baru usia mereka 2 tahun lebih ni jangan expect tinggi sangat..Pada mommy diorang berminat dan buat pun dah cukup baik..Hehee 

Habis aje kelas semua kids diberikan air minum dan roti..Bolehlah buat alas perut sebelum lunch :) Organiser ada tanya sama ada kami berminat utk hantar anak2 join kelas ni..Mommy & mommy thaqif perlu diskusi dulu dengan suami masing-masing..InsyaAllah memang berminat nak hantar..

Sebelum bertolak pulang ke rumah kami singgah dulu di kedai berhampiran makan froyo..frozen yogurt..hehee..nampaknya anak2 lebih gemar bermain drp makan..Kesimpulannya memang emak2 aje lah yang menghabiskan yogurt tu..So you know why emak2 berbadan besar skrg? Sbb emak2 ni la yang selalunya terpaksa menghabiskan makanan daripada membazir *__*

No comments: