Tuesday, March 4, 2014

Happy 3rd Birthday Sarah Ardini!

Hari ini alhamdulillah Sarah sudahpun berusia 3 tahun. Pantas sungguh masa berlalu..Anak mommy makin membesar, makin petah berkata2, makin aktif dan macam2 yang sewaktu dengannya :)

Untuk tahun ni, mommy dan abah sudah plan nak bawa Sarah pergi ke zoo..Mula2 nak bawa Sarah pergi Farm In The City..Kat situ ada petting zoo..Tapi takde rezeki sebab tempat tu ditutup setiap hari Selasa..Sabar je la aku! Lepas tu mommy tukar plan utk pergi ke Zoo Negara, provided cuaca baik..Kalau cuaca tak baik, kita tukar ke plan C iaitu pergi tengok ikan2 di Aquaria KLCC..

Alhamdulillah pagi tadi cuaca baik..So kita teruskan dengan plan B pergi ke Zoo Negara..Sampai di zoo lebih kurang jam 11 pagi..Rezeki Sarah hari ni dapat masuk free..So cuma bayar tiket dewasa sahaja RM60. Seronok juga pergi weekdays ni sebab tak ramai manusia. So kami boleh berjalan dengan aman tenteram..

Memandangkan sampai pun matahari dah tinggi, kami tak banyak berjalan..Dapat jugalah menonton pertunjukan haiwan di situ.. Tapi terlepas slot pertama; burung kakak tua..Sempat tengok siang laut aje..Seronok lah cik Sarah kita tengok singa laut beraksi..Habis pertunjukkan, kami pergi melawat haiwan di sekitar kawasan terdekat sebelum sambung menaiki tram..Aduyaii tak laratlah mommy yang memboyot ni nak berjalan banyak2 di tengah2 panas terik tu. Kami pun naik tram sajalah..Bayarlah RM13 utk 3 orang..Dapatlah tengok zirafah, gajah, singa, kancil, zebra,hippo dan banyak lagi..Tapi cik Sarah ni semua binatang pun dia takut..Heheeeee..Sarah cakap kt mommy "jangan tengok dekat2lah..kita tengok jauh2 je yer"..Penakut betul anak mommy nih..

Pukul 12 tghr hari kami pun bertolak pulang ke Putrajaya untuk lunch pula. Abah ajak tok ayah & tok ma lunch sekali..Diorang kan dah pencen, sekali sekala bawaklah pegi makan..Alang2 nak sambut birthday Sarah ni, meriah sikitlah..Kami makan di Kelab Ekuesterian Putrajaya..Sebelum tu singgah kejap di Secret Recipe beli kek..Kek pun beli yg slice aje. Mommy beli 2 slices aje, takmo membazir..

Seronok Sarah dapat makan kek..Habis jugalah 3/4 daripada sepotong kek tu..Heheee...Selesai makan2 kami pergi bergambar kejap di sekitar kawasan kelab dan lepas tu baliklah...

Walaupun simple aje birthday celebration utk Sarah, tapi mommy happy je sebab dapat bawa Sarah pergi zoo dan makan kek :)

Sempena ulangtahun kelahiran Sarah ke-3 ni, mommy doakan Sarah semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah selalu..Semoga anak mommy ni menjadi anak solehah yang diredhai Allah..Mommy love you Sarah!


http://flipagram.com/f/4zbN4gfv10