Showing posts with label familia. Show all posts
Showing posts with label familia. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Happy 3rd Birthday Sarah Ardini!

Hari ini alhamdulillah Sarah sudahpun berusia 3 tahun. Pantas sungguh masa berlalu..Anak mommy makin membesar, makin petah berkata2, makin aktif dan macam2 yang sewaktu dengannya :)

Untuk tahun ni, mommy dan abah sudah plan nak bawa Sarah pergi ke zoo..Mula2 nak bawa Sarah pergi Farm In The City..Kat situ ada petting zoo..Tapi takde rezeki sebab tempat tu ditutup setiap hari Selasa..Sabar je la aku! Lepas tu mommy tukar plan utk pergi ke Zoo Negara, provided cuaca baik..Kalau cuaca tak baik, kita tukar ke plan C iaitu pergi tengok ikan2 di Aquaria KLCC..

Alhamdulillah pagi tadi cuaca baik..So kita teruskan dengan plan B pergi ke Zoo Negara..Sampai di zoo lebih kurang jam 11 pagi..Rezeki Sarah hari ni dapat masuk free..So cuma bayar tiket dewasa sahaja RM60. Seronok juga pergi weekdays ni sebab tak ramai manusia. So kami boleh berjalan dengan aman tenteram..

Memandangkan sampai pun matahari dah tinggi, kami tak banyak berjalan..Dapat jugalah menonton pertunjukan haiwan di situ.. Tapi terlepas slot pertama; burung kakak tua..Sempat tengok siang laut aje..Seronok lah cik Sarah kita tengok singa laut beraksi..Habis pertunjukkan, kami pergi melawat haiwan di sekitar kawasan terdekat sebelum sambung menaiki tram..Aduyaii tak laratlah mommy yang memboyot ni nak berjalan banyak2 di tengah2 panas terik tu. Kami pun naik tram sajalah..Bayarlah RM13 utk 3 orang..Dapatlah tengok zirafah, gajah, singa, kancil, zebra,hippo dan banyak lagi..Tapi cik Sarah ni semua binatang pun dia takut..Heheeeee..Sarah cakap kt mommy "jangan tengok dekat2lah..kita tengok jauh2 je yer"..Penakut betul anak mommy nih..

Pukul 12 tghr hari kami pun bertolak pulang ke Putrajaya untuk lunch pula. Abah ajak tok ayah & tok ma lunch sekali..Diorang kan dah pencen, sekali sekala bawaklah pegi makan..Alang2 nak sambut birthday Sarah ni, meriah sikitlah..Kami makan di Kelab Ekuesterian Putrajaya..Sebelum tu singgah kejap di Secret Recipe beli kek..Kek pun beli yg slice aje. Mommy beli 2 slices aje, takmo membazir..

Seronok Sarah dapat makan kek..Habis jugalah 3/4 daripada sepotong kek tu..Heheee...Selesai makan2 kami pergi bergambar kejap di sekitar kawasan kelab dan lepas tu baliklah...

Walaupun simple aje birthday celebration utk Sarah, tapi mommy happy je sebab dapat bawa Sarah pergi zoo dan makan kek :)

Sempena ulangtahun kelahiran Sarah ke-3 ni, mommy doakan Sarah semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah selalu..Semoga anak mommy ni menjadi anak solehah yang diredhai Allah..Mommy love you Sarah!


http://flipagram.com/f/4zbN4gfv10

Sunday, August 11, 2013

Syawal 1434H

Syukur ke hadrat Ilahi kita dapat meraikan Syawal tahun ini bersama keluarga dan sanak saudara tersayang..

Bila anak sudah sikit membesar, bertambah meriahlah hari raya..Sarah pun dah pandai kumpul duit raya, pilih nak pakai baju yang cantik2, kasut pun pakai kasut yang cantik2..Anak mommy dah makin membesar rupanya..How time flies!!

Raya tahun ni, mommy dan abah pakai baju lama yang masih elok. Baju Sarah aje yang mommy belikan. Maklum saja, anak kecil kan cepat membesar, jadi baju2 sekejap aje dapat pakai...So raya kali ni mommy belikan baju yang 1-2 size bigger..Biar lama sikit boleh pakai..Tidaklah membazir..Hahaaaa..

Selamat Hari Raya buat semuaaaa...


Sunday, August 4, 2013

29 bulan

Alhamdulillah..hari ini Sarah sudahpun masuk 29 bulan, 2 tahun 5 bulan..Syukur kpd Allah kerana memberikan kesihatan yang baik buat Sarah..

Kamu sangat petah berbicara skrg anakku..Bicaramu selalu saja membuatkan mommy dan abah terhibur dan kadang2 terfikir dari mana kamu mendapat idea bercakap macam tu..

Hari ini kita melawat baby Azalea, anak cik Lie dan cik Azie..Seronok sungguh kamu dan Harraz berlari2 dalam bilik cik Azie..Mujurlah hospital swasta..Kalau hosp kerajaan janga harap kamu nak berlari sana sini..

Di rumah tok ayah lebih2 lagi lah kamu dengan keaktifan kamu tu..Berlari, melompat sana sini.. Bergaduh dengan Harraz..Babysitting adik Hanis Uzma..Nampak ada ciri2 kak long kamu tu..Hihiii..Insyaallah, mudah2an Allah memberikan rezeki untuk kita menambah ahli keluarga kita pada masa akan datang, ameen..

Sewaktu kami semua sedang solat terawih kamu semakin aktif..Sedangkan Harraz dan Hanis, terlena dibuai mimpi indah..Tak penat ke cik Sarah oiiii..Semua orang kamu usik sewaktu kami sedang bersolat..Tak khusyuk pun ada bila kamu tengok cerita Upin Ipin tu..Dialog semua kami 'terhafal'...Yang paling tak tahan tu, bila habis aje solat, mommy nak marah kamu, kamu pun balas "Ustaz cakap tak baik marah"..Aduhhhh..dari mana pula kamu belajar ni Sarah o_O..

Mujurlah masuk je dalam kereta, dapat nenen terus kamu tidur sampai pagi ni...Sarah ohhh Sarah..Penghibur hati mommy dan abah..Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, taat pada Allah dan patuh pada syariat Islam..

Mommy love u Sarah!