Alhamdulillah..hari ini Sarah sudahpun masuk 29 bulan, 2 tahun 5 bulan..Syukur kpd Allah kerana memberikan kesihatan yang baik buat Sarah..
Kamu sangat petah berbicara skrg anakku..Bicaramu selalu saja membuatkan mommy dan abah terhibur dan kadang2 terfikir dari mana kamu mendapat idea bercakap macam tu..
Hari ini kita melawat baby Azalea, anak cik Lie dan cik Azie..Seronok sungguh kamu dan Harraz berlari2 dalam bilik cik Azie..Mujurlah hospital swasta..Kalau hosp kerajaan janga harap kamu nak berlari sana sini..
Di rumah tok ayah lebih2 lagi lah kamu dengan keaktifan kamu tu..Berlari, melompat sana sini.. Bergaduh dengan Harraz..Babysitting adik Hanis Uzma..Nampak ada ciri2 kak long kamu tu..Hihiii..Insyaallah, mudah2an Allah memberikan rezeki untuk kita menambah ahli keluarga kita pada masa akan datang, ameen..
Sewaktu kami semua sedang solat terawih kamu semakin aktif..Sedangkan Harraz dan Hanis, terlena dibuai mimpi indah..Tak penat ke cik Sarah oiiii..Semua orang kamu usik sewaktu kami sedang bersolat..Tak khusyuk pun ada bila kamu tengok cerita Upin Ipin tu..Dialog semua kami 'terhafal'...Yang paling tak tahan tu, bila habis aje solat, mommy nak marah kamu, kamu pun balas "Ustaz cakap tak baik marah"..Aduhhhh..dari mana pula kamu belajar ni Sarah o_O..
Mujurlah masuk je dalam kereta, dapat nenen terus kamu tidur sampai pagi ni...Sarah ohhh Sarah..Penghibur hati mommy dan abah..Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, taat pada Allah dan patuh pada syariat Islam..
Mommy love u Sarah!
No comments:
Post a Comment