Monday, December 8, 2014

4.12.14 ~Mu'adz turns 6 months

Alhamdulillah Mu'adz dah masuk 6 bulan dah..Pantas masa berlalu..Sungguh, mommy tak sangka dapat menyusukan Mu'adz sepenuhnya dengan ASI selama 6 bulan ini..Mudah2an dipermudahkan urusan sehingga 2 tahun usia ye anak..

Update anak-anak

Mu'adz
Berat : 8.01 kg
Panjang : 68 cm

Sarah
Berat: 17.7 kg
Tinggi: 105cm

Dua-dua anak mommy membesarkan dengan jayanya..Semoga kalian membesar menjadi insan yang bertaqwa mengikut acuan syariah islamiah, ameen..

Bila dah masuk 6 bulan biasanya bayi sudah boleh diperkenalkan dengan makan pejal..Mommy lewatkan sikit beri Mu'adz makan sebab kalau hari kerja confirm kalut nak siapkan makan semua. So hari Sabtu baru mommy bagi Mu'adz makan..Hari Jumaatnya carilah avocado dan pisang. Niatnya nak bagi Mu'adz makan avocado..Sekali buahnya belum masak ranum lagi..Kulitnya pun hijau lagi..Perlu diperam dahulu..Mommy pun peramlah avocado tu dalam paper bag..Belilah pisang berangan di pesta Jom Makan Buah di Taman Warisan, sekali try makan rasanya masih kelat..Sabar je lah..

So, kebetulan di rumah tok ayah ada buah epal..So mommy pun buatlah puri epal utk Mu'adz..Senang je cara membuatnya. Mommy gunakan sebiji epal, dibuang kulitnya dan dikukus seketika. Bila buah dah lembut, bolehlah dikisarkan dengan sedikit air atau EBM..

muka serius aje makan puri epal           




Bila suapkan dekat Mu'adz makan, hihiiii macam pelik je reaksi mukanya..Biasalah, first time dapat rasa makan kan..Adelah 2 suap dia makan..Mommy pun takmo paksa dia makan..Keesokannya try bagi lagi puri epal, nampak ada perubahan..Bolehlah dia makan sikit2..Pagi2 buta sudah poo poo kaler hijau..Baguslah tu kan ;)

Nanti buah avocado dan pisang dah masak kita cuba makan puri avocado dan pisang ye nak!

muka ceriaaaa makan pisang lenyek

No comments: