Alhamdulillah, tanggal 4 Mac yang lalu Sarah Ardini sudah berusia 4 tahun..Seperti tahun2 sebelum ini, setiap kali ulangtahun kelahiran anakanda, mama akan menyambut bersama-sama secara kecil-kecilan sahaja..
Utk tahun ini, kami hanya membawa Sarah dan Mu'adz jalan2 di IOI Mall memandangkan kami pun belum berkesempatan meninjau semua kedai di situ..Hahaaaa..So hari tu kami smpai IOI dah memang waktu makan tengah hari..Tak ramai manusia pun..Banyak2 kedai makan smpai tak tahu nak makan mana..Akhirnya kami makan di kedai makan indonesia..Nama kedai usah lupa dong..Biasa2 saja makanan di situ..Habis lunch, jalan2 sekejap n then solat zuhur..Lepas tu barulah kami ronda2, tawaf IOI tuh..Dapatlah bawa Sarah naik train pusing tingkat 2 tu..Takde orang lain dalam train tu..Hanya mama dan Sarah..Abah dan Mua'dz jadi cameraman sajo..Dah puas jalan lepas tu kami serbu ke magnum cafe..Teringinlah nak merasa apa yang istimewa sangat kt kafe magnum ni kan..So takdelah kek, kita celebrate makan ice cream special tahun ni...
Banyak sangat set magnum tu smpai tak tahu mana nak pilih..paling biasa harganya RM9.90 bolehlah letak topping apa pun..Akhirnya mama pilih set cookies magnum..Ade 2 ketul aiskrim magnum dan soft cookies satu tray yang agak banyak juga utk dihabiskan..Udah la manis letingggg..Oklah, pada aku rasanya so so saja..Aku suka lagi magnum biasa yang takde topping bagai tu..Hihiii..Tp sekali sekala nak makan yang luar biasa sikit apa salahnya kan ;)
Special ice cream for birthday girl |
Abah's ice cream..Kekacang dia tak crunchy..So pada mama tak berapa sedap |
Lepas kenyang makan aiskrim kami pun beransur pulang..
Ohh ye..Untuk sambutan besday di taska Sarah, aku dah tempah awal2 kek dia..Mestilah special sikit dan ada frozen theme, kegemaran mek Sarah tu..Mula2 nak tempah kek pun pening tak tahu nk pilih yang mana..Dengan harga kek yang memang mahal kan..Yelah semua benda pun nak naik harga kan!Jenuh berpinar2 mata mama nk meng'google' hari2 sebelum buat final decision..
Akhirnya aku order saja dengan Sweet Cottage Biz ni..Senang berurusan dengan orangnya..Harga pun berpatutan..
So pada 5 Mac, adelah sikit sambutan utk hari lahir Sarah..Selama ni tak pernah buat birthday party kt umah..Kalau buat pun hanya utk famili terdekat sahaja..Dalam pukul 3 ptg tu kek birthday pun sampai..Ohh aku order juga apam cornetto yg sangatlah comel..Dalam pukul 4ptg waktu minum petang Sarah di taska aku pun turun..Haru biru dengan budak2 yang seramai 50++ orang tu..Jenuh cikgu nak handle budak2 tu..Nampak aje cikgu usung kek apa lagi meluru la budak2 tu depan kek..Ade yang siap colek2 lagi tepi kek tu..Hahaaaa..Biasalah kan tu budak2..
Jadilah sambutan secara kecil2an utk Sarah..saja nak bagi anak happy kan..
Kek choc moist ni beratnya dekat 4kg..Harganya tak sampai RM150 pun! Thanks to Sweet Cottage Biz, sedap keknya..Apam cornetto tu pun sedap..lembut gitu..
Di kesempatan ini mama ucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke-4 buat anakanda Sarah Ardini..Semoga Allah selalu pelihara Sarah di sepanjang perjalanan hidupmu..Smg kamu membesar menjadi anak solehah penyejuk hati dan mata buat abah dan mama..Mama love you Sarah :)
No comments:
Post a Comment