Tuesday, July 30, 2013

Breastfeeding....is not an easy journey

Breastfeeding (bf) bukanlah satu journey yang mudah oleh seorang wanita bergelar ibu, terutama jika ibu itu bekerjaya. Tambah mencabar jika si ibu yang bekerjaya itu sering bekerja outdoor, selalu travel sana sini..Tapi ia adalah suatu yang tidak mustahil jika seorang ibu itu cekal dan tekad mahukan yang terbaik buat anaknya.



Sebab itu ILMU itu sangat penting. Jadi ibu bapa juga kita mesti ada ilmu, bak kata Wardina..Memang betul...Bila seorang wanita mula hamil, maka dia perlu mencari ilmu tentang kehamilan (in fact masa merancang utk hamil lagi), parenting, breastfeeding dll..Dalam dunia yang serba moden, semua info berada di hujung jari aje..Jangan cari pelbagai alasan kerana jika kita mahukan sesuatu, pasti kita akan berusaha sehabis baik.

Seperti yang saya katakan di awal tadi, ILMU, CEKAL dan TEKAD, TABAH adalah keywords penting dalam menjayakan misi bf di kalangan mommies. Ilmu adalah benda yang pertama yang harus dicari..Bila sudah melahirkan anak, misi penyusuan dimulakan dan tidak semua ibu berjaya di peringkat awalnya. Macam saya dulu, susu tak keluar pun..Masuk hari ketiga barulah susu keluar. So sebelum tu hanya berikan anak untuk merangsang pengeluaran air susu ibu (ASI). Bayi yang baru lahir ni suction mereka sangat kuat. Masalah puting melecet, berdarah itu adalah biasa di kalangan ibu, boleh menduga kesabaran juga jika tak kuat semangat. 



Bila diingat balik, memang ngeri..Sebab setiapkali sebelum menyusukan anak dulu, mesti ada perasaan ngeri sebab baby hisap dengan kuat. Ngilu tiap kali masa menyusukan. Kadang2 rasa macam nak give up pun ada..Tapi bila fikirkan dia anak kita, dia perlukan kita, menyusukan anak adalah perintah Allah seperti yang tertulis dalam Al-Quran (Al-Baqarah 233), semangat utk meneruskan bf pulih kembali.



And the mothers should suckle their children for two whole years for him who desires to make complete the time of suckling; and their maintenance and their clothing must be-- borne by the father according to usage; no soul shall have imposed upon it a duty but to the extent of its capacity; neither shall a mother be made to suffer harm on account of her child, nor a father on account of his child, and a similar duty (devolves) on the (father's) heir, but if both desire weaning by mutual consent and counsel, there is no blame on them, and if you wish to engage a wet-nurse for your children, there is no blame on you so long as you pay what you promised for according to usage; and be careful of (your duty to) Allah and know that Allah sees what you do.

M.H.Shakir's Quran Translation


Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, aitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma´ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. 

Di awal2 kelahiran dulu memang saya berikan Sarah susu formula sebab terpaksa, susu badan x keluar lagi masa tu..Tapi bila susu dah ada, saya cuba hentikan daripada memberi susu formula tetapi misi kurang berjaya ketika itu kerana keluarga terdekat kurang memberi support. Maklumlah zaman 80an dulu zaman susu formula. Saya juga membesar dengan susu formula. Jadi kenapa skrg anak2 kita tak boleh pula diberi susu formula? Ada yang cakap baby tak kenyang, sebab tu menangis. Tapi apa yang saya tahu, bayi menangis ada banyak sebab, x semestinya sebab x kenyang minum susu. Lagipun, perut bayi yang baru dilahirkan hanya sebesar biji guli. Tergamakkah kita memberikan anak 5-8 oz susu formula setiap kali sesi minum susu? Sukar untuk memahamkan ibubapa dan nenek2 kita...Apa yang kita mahukan hanya yang terbaik buat anak kita..Itu sahaja. Ada juga yang tak percaya bolehkah anak kita survive dengan hanya minum ASI, tidak susu formula?
Semasa dilahirkan, perut bayi adalah sebesar hazelnut di atas




Selepas seminggu, perut bayi semakin membesar lebih kurang walnut di atas

Bayi berusia 0-6 bulan hanya perlu minum ASI, tidak perlu diberikan air kosong, air glukos, air kanji, cerelac..ASI mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh bayi. Menjadi tanggungjawab ibu untuk mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat. Tidak hairanlah kita disuruh berpantang makan, untuk kebaikan bayi juga sebenarnya. Tapi di zaman moden ini, janganlah kita terlalu rigid terhadap pantang. Air perlu diminum dengan banyak untuk penghasilan ASI. 

Tak cukup dengan itu, ada pula yang membandingkan tubuh badan anak yang bf dengan anak yg minum susu formula. Biasanya anak yang bf ni badan mereka tidaklah terlalu bambam, chubby compared to anak yg minum susu formula. Tapi ada juga anak yg bf badan mereka bagai dipam pam..Lengan dah macam michelin pun ado..Hehehe..Macam Sarah, badannya memang tak bam bam sangat..Yang penting, anak2 kita membesar dengan sihat, kurang sakit..Itu sudah satu rahmat buat mommy..

Tetapi, janganlah kita yang diberikan rezeki utk bf anak kita ni memandang rendah atau mengata mommies yang memberikan anak mereka susu formula..Mommy percaya setiap mommies mahukan yang terbaik buat anak mereka. Pasti ada sebab mengapa mereka tidak bf anak mereka.





Apa2 pun, saya sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan utk menyusukan anak saya sehingga sekarang. Bila anak dah 2 tahun lebih ni, rasa macam rimas pun ada bila anak masih nak ngempeng. Selalunya dia minta ngempeng bila dalam kereta dan waktu nak tidur. Perasaan masih sama..Sangat excited waktu nak ngempeng..Anak ohhh anak..Teringat Dr. Har ada cakap masa forum breastfeeding minggu lepas di Alamanda..Katanya, lepas 2 tahun eloklah diceraikan susu..Pasti ada hikmah Allah cakap tempoh penyusuan itu 2 tahun. Kalau anak lelaki, eloklah diceraikan selepas 2 tahun..Tapi anak gegirl saya ni nampaknya macam susah sikit nak cerai susu >_< Takpelah Sarah, slowly2 lah yer..Kalau sebelum ni masa mommy pregnant, bolehlah mommy bg alasan susu ni utk adik baby..Skrg ni adik baby pun dah takde, so Sarah masih boleh conquer lagilah ;)

Menyusukan anak bukan satu perkara yang mudah, tetapi melaluinya adalah satu momen yang sangat indah bagi mommy..Seperti perkara2 lain dalam hidup yang ada pasang surutnya, bf pun sama juga. Kadang2, ibu2 mengalami masalah kemeruduman susu..Ohhh..bila diingat semula memang stress waktu itu. Especially bila anak kita sangat kuat menyusu..Sarah dulu sekali minum 3-5 oz..Production mommy pula tidaklah meriah sangat..Bila susu merudum, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh ibu. Cari milk booster, buat power pumping di tengah2 malam..Apa saja untukmu anak..Semuanya lillahi taala..Berpuasa dalam keadaan menyusukan anak juga antara perkara yang paaaling mencabar..Hanya yang melaluinya dapat merasakan pengalaman yang sama..

Insyaallah, jika ada rezeki untuk menambah zuriat lagi di masa2 akan datang, mommy akan teruskan bf seperti apa yang mommy lakukan sebelum ini. Banyak lagi ilmu penyusuan yang perlu didalami untuk menjayakan penyusuan ini..Ada juga bercita2 untuk join bf peer counselor satu hari nanti :)








Link berkenaan breastfeeding utk rujukan..
http://www.babycenter.com/breastfeeding
http://www.womenshealth.gov/breastfeeding/
http://www.who.int/topics/breastfeeding/en/

No comments: