Friday, March 10, 2017

Kembali menulis

Bertahun tak menulis di ruangan ini...Lebih banyak update di fb dan ig shj...

Alhamdulillah pada tahun ini dimurahkan rezeki dgn lahirnya seorang puteri pada 14 Februari yang lalu...Kelahiran yang sangat istimewa dan dipermudahkan..Kami menamakan puteri ini Naurah Irdina :)

Naurah, semoga kamu membesar sebagai anak yang solehah dan muslehah yang sentiasa dilindungi Allah, ameen..

Sarah Ardini is 6

Alhamdulillah kakak Sarah dah pun berusia 6 tahun pada 4 Mac yang lalu..Memandangkan mama masih lagi dalam mood berpantang, maka celebrate birthday di rumah opah sahaja kali ini..Sekalikan celebrate birthday Athiyyah (sepupu Sarah), abah, uncle dan daddy thaqif juga..Senang kan hehehe..

Seperti biasa kalau nak celebrate birthday mesti semua bdk kecik ada kek masing-masing..Kalau idak ade yang merajuk nanti hihiii...

Selamat hari lahir kakak Sarah..Doa mama semoga kakak Sarah sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan,  kehidupan kakak dikelilingi oleh insan2 yang baik hati dan dekat dengan Allah dan berjaya dunia akhirat..Mama sayang kakak selalu...


gambar ambil dari fb mummy ;p

Saturday, June 6, 2015

Mu'adz is 1

Bersawang sudah blog ni dek tuannya tak sempat nak jengok..Masih menyesuaikan diri menguruskan 2 orang anak yang lasak..Huhuuuu..

Alhamdulillah, tanggal 4 Jun yang lalu, anak mama yang hencem ni genap berusia setahun..from babyhood now you are in toddlerhood Mu'adz..

Mu'adz sekarang gigi dah nak masuk 4 batang, berjalan terkedek2, sangat manja, bila merajuk boleh tahan jugak kamu ye walaupun boboiboi..Hihiiii..Paling tak tahan bila tok mi (pengasuh) selalu beritahu mama yang mu'adz selalu campak botol susu (tanda protes susu x cukup lettew) huhuuuu...Smg perjalanan menyusukan mu'adz juga dipermudahkan sehingga usiamu 2 tahun anakku, ameen..

Selamat hari lahir yang pertama Mu'adz..
Mama doakan Mu'adz membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak soleh penyejuk mata penawar hati kami..

Sayang mu'adz ketat2...muahciked.....



Saturday, March 14, 2015

Sarah is 4

Alhamdulillah, tanggal 4 Mac yang lalu Sarah Ardini sudah berusia 4 tahun..Seperti tahun2 sebelum ini, setiap kali ulangtahun kelahiran anakanda, mama akan menyambut bersama-sama secara kecil-kecilan sahaja..

Utk tahun ini, kami hanya membawa Sarah dan Mu'adz jalan2 di IOI Mall memandangkan kami pun belum berkesempatan meninjau semua kedai di situ..Hahaaaa..So hari tu  kami smpai IOI dah memang waktu makan tengah hari..Tak ramai manusia pun..Banyak2 kedai makan smpai tak tahu nak makan mana..Akhirnya kami makan di kedai makan indonesia..Nama kedai usah lupa dong..Biasa2 saja makanan di situ..Habis lunch, jalan2 sekejap n then solat zuhur..Lepas tu barulah kami ronda2, tawaf IOI tuh..Dapatlah bawa Sarah naik train pusing tingkat 2 tu..Takde orang lain dalam train tu..Hanya mama dan Sarah..Abah dan Mua'dz jadi cameraman sajo..Dah puas jalan lepas tu kami serbu ke magnum cafe..Teringinlah nak merasa apa yang istimewa sangat kt kafe magnum ni kan..So takdelah kek, kita celebrate makan ice cream special tahun ni...

Banyak sangat set magnum tu smpai tak tahu mana nak pilih..paling biasa harganya RM9.90 bolehlah letak topping apa pun..Akhirnya mama pilih set cookies magnum..Ade 2 ketul aiskrim magnum dan soft cookies satu tray yang agak banyak juga utk dihabiskan..Udah la manis letingggg..Oklah, pada aku rasanya so so saja..Aku suka lagi magnum biasa yang takde topping bagai tu..Hihiii..Tp sekali sekala nak makan yang luar biasa sikit apa salahnya kan ;)


Special ice cream for birthday girl

Abah's ice cream..Kekacang dia tak crunchy..So pada mama tak berapa sedap


Lepas kenyang makan aiskrim kami pun beransur pulang..

Ohh ye..Untuk sambutan besday di taska Sarah, aku dah tempah awal2 kek dia..Mestilah special sikit dan ada frozen theme, kegemaran mek Sarah tu..Mula2 nak tempah kek pun pening tak tahu nk pilih yang mana..Dengan harga kek yang memang mahal kan..Yelah semua benda pun nak naik harga kan!Jenuh berpinar2 mata mama nk meng'google' hari2 sebelum buat final decision..

Akhirnya aku order saja dengan Sweet Cottage Biz ni..Senang berurusan dengan orangnya..Harga pun berpatutan..

So pada 5 Mac, adelah sikit sambutan utk hari lahir Sarah..Selama ni tak pernah buat birthday party kt umah..Kalau buat pun hanya utk famili terdekat sahaja..Dalam pukul 3 ptg tu kek birthday pun sampai..Ohh aku order juga apam cornetto yg sangatlah comel..Dalam pukul 4ptg waktu minum petang Sarah di taska aku pun turun..Haru biru dengan budak2 yang seramai 50++ orang tu..Jenuh cikgu nak handle budak2 tu..Nampak aje cikgu usung kek apa lagi meluru la budak2 tu depan kek..Ade yang siap colek2 lagi tepi kek tu..Hahaaaa..Biasalah kan tu budak2..

Jadilah sambutan secara kecil2an utk Sarah..saja nak bagi anak happy kan..

Kek choc moist ni beratnya dekat 4kg..Harganya tak sampai RM150 pun! Thanks to Sweet Cottage Biz, sedap keknya..Apam cornetto tu pun sedap..lembut gitu..

Di kesempatan ini mama ucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke-4 buat anakanda Sarah Ardini..Semoga Allah selalu pelihara Sarah di sepanjang perjalanan hidupmu..Smg kamu membesar menjadi anak solehah penyejuk hati dan mata buat abah dan mama..Mama love you Sarah :)



Saturday, January 31, 2015

from babysitter to taska

Tahun 2015 ni Sarah dah masuk usia 4 tahun..Disebabkan umur 5 tahun nnt Sarah akan masuk tadika so mama rasa tahun ni dah sesuai sangat untuk Sarah masuk taska untuk belajar bergaul dengan kawan-kawan dan menerima arahan daripada cikgu..

Asalnya mama ada mohon untuk masukkan Sarah ke taska Kemas berhampiran dengan ofis mama..Tapi takde rezeki Sarah kat sana..So paling senang mama masukkan Sarah ke taska di ofis mama sahaja..Senang nak hantar adik Mu'adz dan Sarah..Nak pantau pun senang..Hihiiii..

Ongkos masuk taska bawah ofis pun boleh tahan juga..Untuk budak umur 4 tahun yurannya dalam RM800++..Yuran bulanan RM250..Uniform 2 pasang, buku log harian, aktiviti dan lain-lain..Pejam mata aje la..Mama dah survey kalau tadika swasta yang lain semuanya RM1000++ aiyyakkk mcm nak belajar kt universiti aja..

5 Januari lepas merupakan hari pertama Sarah masuk taska..Bangun pagi alhamdulillah xda masalah..Cuma nak mandi susah sikitlah pasal pagi2 airnya kan sejuk..Huhuuuu..Lepas hantar adik ke rumah BS, mama pun hantar Sarah ke taska..Ramai juga budak baru tahun ni termasuklah Sarah..Muka pun cuak2 aje..Lepas hantar Sarah mama pun jenguk2 la dia setiap 2 jam..Mama pun rasa sedih dalam hati bila anak masuk taska..Over..baru masuk taska je pun..Huhuuu..

first day @ school



Hari kedua 

2nd day @ school

Hari ketiga - menangis pula pagi2 bila mama hantar masuk dalam taska...

Hari keempat - menangis tak mau masuk skolah..Berlari2 depan taska sampai mama kene dukung bawa masuk dalam taska..Meraung2 tak nk masuh..Smpai kawan2 pujuk pun tak mahu..

Hari kelima- bangun lebih awal, mood ceria..Bila mama hantar ke taska terus masuk dalam..x salam mama pun..huhuu..sabo je la..hari ni ada perarakan maulidur rasul..

5th day @ school

Masuk minggu ke-2 dan seterusnya alhamdulillah dah tak nangis lagi..Malam2 pun dah boleh tidur lebih awal dan tak menangis bila bangun pagi..Kadang2 tu nangis jugalah..Huhuuu..Biasalah kan budak2...Ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru..Inshaallah you will survive my dear daughter!

Wednesday, January 28, 2015

Mu'adz dan ekzema

Ibu-ibu sekalian, ketahuilah bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah unik, langsung tidak sama antara satu sama lain hatta mereka yang dilahirkan sebagai pasangan kembar..Betapa Allah itu Maha Bijaksana dan Berkuasa kan?

Sarah dan Mu'adz pun macam tu jugalah. Masa Sarah dulu alhamdulillah tiada masalah langsung..Cumanya masa tu supply ASI saja yang kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan Mu'adz..Masa Mu'adz dilahirkan memang sudah nampak kulitnya ada masalah. Memang masa lahir tu dah ada di pipinya merah2..Bila tanya doktor tiada jawapan dari hari pertama duk di wad sampailah discharge wad..Hampeh jugalah pengalaman bersalin kali kedua di HUKM..Pengalaman yang kurang menyenangkan..Mungkin bukan rezekiku agaknya masa tu..

Masalah kulit Mu'adz berlarutan sehingga kini..Mulanya kami sangkakan ruam biasa sebab masa bulan Jun tu memang musim panas berkuap2..Jadi ruam di bahagian dahi dan kulit kepala tu kami ingatkan biasa sebab doktor dan misi klinik pun gtau hanya ruam biasa..Tapi lepas 2-3 bulan masa pergi checkup doktor kata ruam susu dan mild eczema...Ohhhh eczema menyerang jua pada anakku!

Adalah doktor bagi acqeous cream utk sapu..Tapi aku sapu hanya sekali dua sebab bila sapu aje kulit Mu'adz jadi merah2 dan tebal..Mungkin tak sesuai..Aku ada jug try avoid makan produk Shaklee sbb takut ia punca..Cuba seminggu nampaknya Shaklee bukan penyebabnya..Yang aku perasan bila duduk di tempat yang berkipas tanpa aircond, kulit Mu'adz akan jadi merah dan biasalah dia akan suka garu2 smpi luka kulit pipinya..Masalah ekzema Mu'adz ni hanya di kedua2 belah pipi, telinga dan leher sahaja. Kawasan lain takda..Bila luka tu yang tak tahan tengok tu..Kesiannn sangat..Tapi entah kenapa berbulan2 juga aku tak pula rasa nak cuba mana2 produk. Aku hanya cuba sapu VCO saja dan itupun kurang berkesan..

Sampailah aku join eczema support group dalam fb baru-baru ni..Barulah mataku ini terbuka utk mencuba produk2 di pasaran dan mula mengenal makanan2 yang membantu melegakan masalah ekzema sebab Mu;adz kan masih menyusu badan..Jadi aku harus perhatikan apa yang aku makan dan yang boleh trigger eczema Mu'adz..

Baru-baru ni aku try guna Buds super soothing rescue lotion sapu di pipi muadz...Aku beli di fabulous mom online..Ade diskaun dapatlah RM45++, harga biasa dia RM53++..Huhuuu


Credit to Google

Alhamdulillah memang nampak kesannya..Kulit pipi Muadz makin pulih..Cuma bila datang tabiat menggaru dia tu akan berdarahlah kulit pipi dia dan cepat2 aku sapu super soothing rescue lotion tu..

Baru-baru ni juga aku ada nampak MooGoo starter pack utk kulit bermasalah di Rakuten Online ada offer..So apa lagi, rembat jugalah demi anakku sayang..

credit to google

Bila sampai aje, buka packaging aduhaiii berderau darah tengok barang rosak..Krim pecah...Terus call farmasi yang pos barang tu buat aduan..Alhamdulillah, bila aduan dibuat, mereka setuju utk gantikan set yang baru..Thank you Alive Pharmacy! Tapi aku belum cuba lagi produk MooGoo ni..Nak habiskan krim buds tu dulu baru buka set MooGoo ni...

Banyak juga yang aku pelajari bila ada anak ekzema ni..Banyak lagi ilmu yang perlu digali dan gali..Ilmu Allah ni sangat luas..Nanti nak buat satu entri la pasal ekzema utk rujukan sendiri di masa-masa akan datang..

Saturday, December 27, 2014

Mu'adz demam

Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki kepada kami anak beranak untuk merasai nikmat menyusu dan disusukan..Sehingga hari ini usia Mu'adz sudah 6 bulan masih lagi gigih menyusukan kamu, anak..Gigih mengepam susu di pejabat dan di rumah...hatta kalau outstation pun angkut juga pam utk pastikan bekalan EBM mencukupi.

Few days selepas bawa Mu'adz ke baby spa tu, Mu'adz demam (21/12)..Mommy sentiasa check bacaan suhu badan..Suhu badan turun naik..Paling tinggi 38.6 c..Dekat 3 hari juga lah Mu'adz demam..Dalam hati mommy teringatkan Sarah..Last year, lepas je balik dr mandi kolam di Nilai Spring, Sarah demam..few days juga demamnya lepas tu naik chicken pox..So dalam hati mommy pun ada rasa yang sama pada Mu'adz.

Hari Rabu lepas demamnya dah baik..Tapi malam tu badan dan muka keluar merah2...nak kata alergik pun ada..tp mommy suspect mcm chicken pox...huhuuu..awalnye adik kene chicken pox kan dik.

Mommy ikhtiar sebaik mungkin..Minum nutriferon awal2..makan vita C..mandikan adik dengan basic H, sapukan herbal cream..Nak cari daun semambu x sempat pula..Keesokan harinya nampak byk bintik2 keluar..Mujurlah demam adik Mu'adz dh kebah..Nampak aktif sikit walaupun tiada senyuman ceria..Malam tu bawa adik ke klinik utk confirmkn chicken pox adik tu..Mujurlah KK P9 tu buka walaupun cuti umum..So mula2 ambil darah dulu n then baru jumpa doktor..Doktor kata mmg betul campak.

So esoknya mommy sambung lg cuti jaga adik yg kene demam campak tu..Tp syukurlah sebab adik aktif walaupun campak kt badan tu..Campak adik tu rasanya campak halus dan tak keluar habis..Hanya keluar paras dada ke atas..Kt bahagian bawah xde..Sekejap sangatlah campak adik tu..Mama pun x perlu cuti lama2.


Giggling Jellyfish Baby Spa

Sebenarnya dah lama teringin nak bawa Mu'adz ke baby spa..sejak dari dalam perut lagi..Hahaaa..Over tak??

Sebelum ni mommy tahu akan kewujudan baby spa melalui Hipopo Baby Spa..Ada few celebrities yang bawa anak mereka..Macam best aje..Tapi bila tengok harga dia boleh tahan mahal juga..Standard masa berendam tu dalam setengah jam aje..

Since kebelakangan ni mommy agak 'menggilai' bershopping di Groupon, maka mommy pun beli la satu di Giggling Jellyfish Baby Spa..Bila tengok review ramai parents yang cakap ok..So minggu lepas mommy pun bookinglah session utk Mu'adz pada hari Jumaat..Memandangkan tempatnya agak jauh dari rumah kami, maka kami pun bertolak before Jumaat..Mujurlah mudah nak cari tempatnya..Itu pun pakai GPS la..kalau cari sendiri memang tidaklah..Hihiii..

Kami sampai sana dalam pukul 12 lebih..Just nice ajelah nak masuk Jumaat..Cari masjid berdekatan..Memang sangat dekat..Alhamdulillah..Masa suami solat Jumaat, mommy dan anak2 hanya duduk dalam kereta..

Selesai solat Jumaat kami pun pergilah ke tempat spa tu..Memandangkan appointment kami pukul 3.30 tapi jam baru pukul 2 lbh..Gamble aje la pergi juga sebab cari surau nan hado..Mommy perlu solat di masjid tadi la..Masa sampai kt situ hanya sorang baby aje yang tengah berendam dalam kolam..Mujurlah staff tu bagi awalkan sesi utk Mu'adz..

Sesi berendam pun bermula..Anak bujang mommy ni langsung xde feeling tau! Muka selamba aje..Agak 'cold' tau anak mommy ni..Mula2 Mu'adz dipakaikan pelampung kepala tu..Tapi dia x selesa dan mengamuk..Terus akak spa tukarkan pelampung kaki..Oklah..Sikit punya banyak balls dalam tu dia buat x heran aje..Yang dia suka is splashing the water..Tak apelah dik..Janji kamu enjoy main air..

Mommy rasa bersalah sangat sebab tak belikan kakak Sarah sekali..Nampak sangat riak wajah kakak yang tak happy tu..Takpelah kakak, nnt ada rezeki mommy belikan set family tu ye..Nanti kakak berendam puas2 yer..Esok lusa tulat sampai ke hari ni pun kakak asyik dok sebut nanti bawak g kolam adik ye..Huhuuu...sebab tu orang kata kalau anak dah bertambah ni memang kene adil saksama..Barang ke apa ke kene sama..Barulah aman damai tak mengamuk..

Mula2 akak spa cakap for 1st time ni dia bagi baby main kolam selama 20 minit..Nak biasakan baby..Lama2 kalu dah biasa dia akan bagi 30 min per session..Tapi Mu'adz duk dalam kolam dekat 25-30 minit..Kuar aje dari kolam akak spa akan buat baby massage..Hamboi2...untungkan budak zaman sekarang..Masa mommy dulu, nak kawen baru g spa tau!!Hihiiii

Nampak sangat Mu'adz keletihan masa sedang diurut..Bila dia dah mula nangis tu akak spa stop kejap bagi mommy susukan Mu'adz..Sampai tertidur adik dibuatnya..Hehehehe..Bagus2..


Monday, December 8, 2014

4.12.14 ~Mu'adz turns 6 months

Alhamdulillah Mu'adz dah masuk 6 bulan dah..Pantas masa berlalu..Sungguh, mommy tak sangka dapat menyusukan Mu'adz sepenuhnya dengan ASI selama 6 bulan ini..Mudah2an dipermudahkan urusan sehingga 2 tahun usia ye anak..

Update anak-anak

Mu'adz
Berat : 8.01 kg
Panjang : 68 cm

Sarah
Berat: 17.7 kg
Tinggi: 105cm

Dua-dua anak mommy membesarkan dengan jayanya..Semoga kalian membesar menjadi insan yang bertaqwa mengikut acuan syariah islamiah, ameen..

Bila dah masuk 6 bulan biasanya bayi sudah boleh diperkenalkan dengan makan pejal..Mommy lewatkan sikit beri Mu'adz makan sebab kalau hari kerja confirm kalut nak siapkan makan semua. So hari Sabtu baru mommy bagi Mu'adz makan..Hari Jumaatnya carilah avocado dan pisang. Niatnya nak bagi Mu'adz makan avocado..Sekali buahnya belum masak ranum lagi..Kulitnya pun hijau lagi..Perlu diperam dahulu..Mommy pun peramlah avocado tu dalam paper bag..Belilah pisang berangan di pesta Jom Makan Buah di Taman Warisan, sekali try makan rasanya masih kelat..Sabar je lah..

So, kebetulan di rumah tok ayah ada buah epal..So mommy pun buatlah puri epal utk Mu'adz..Senang je cara membuatnya. Mommy gunakan sebiji epal, dibuang kulitnya dan dikukus seketika. Bila buah dah lembut, bolehlah dikisarkan dengan sedikit air atau EBM..

muka serius aje makan puri epal           




Bila suapkan dekat Mu'adz makan, hihiiii macam pelik je reaksi mukanya..Biasalah, first time dapat rasa makan kan..Adelah 2 suap dia makan..Mommy pun takmo paksa dia makan..Keesokannya try bagi lagi puri epal, nampak ada perubahan..Bolehlah dia makan sikit2..Pagi2 buta sudah poo poo kaler hijau..Baguslah tu kan ;)

Nanti buah avocado dan pisang dah masak kita cuba makan puri avocado dan pisang ye nak!

muka ceriaaaa makan pisang lenyek

Saturday, October 18, 2014

Birthday party

8 Oktober lepas my niece, Safiyyah sambut hari lahirnya yang pertama..Alhamdulillah, Sapiya dah setahun :)

Disebabkan nak bagi adil dan saksama untuk semua kanak-kanak riang pada hari sambutan hari lahir Sapiya, maka mommy dia pun tempahlah 3 biji kek yang serupa dan mommy telah memaksarela che sue, opah dan uncle utk belikan hadiah buat mereka..Bukan ape..kesian sebenarnya bila tengok budak2 besar diorg ni excited nak tiup kek hari jadi..Maklumlah mommy x pernah buat birthday party celebration utk Sarah..Maafkan mommy ye sayang..InsyaAllah ade rezeki tahun depan kita buat ye..

Enjoy the picca!!


Sunday, October 5, 2014

4.10.14 ~ monthly update

Alhamdulillah anak mommy sudah 4 bulan hari ini.. Kakak Sarah pun hari ni usianya sudah 3 tahun 7 bulan..

Progress adik Mu'adz

Berat: 6.8kg
Panjang: 64 cm

Alhamdulillah, adik membesar dengan sihat..Sekarang ni adik Mu'adz terkena selsema..Mula2 selsema aje lepas tu datang pula batuk..Mommy tak beri apa2 ubat. Mommy guna natural remedy sahaja iaitu garlic oil, garlic socks dan bawang merah..Mommy pun perlu jaga makan sebab adik pun dapat makan daripada sumber makanan mommy jugakkan..

Semoga adik cepat sembuh...

Friday, September 5, 2014

4.9.14

Alhamdulillah...Mu'adz turns 3 months and kakak Sarah turns 3 1/2 yr today...

Mu'adz progress
wieght: 6.4kg
height: 61cm

Sarah
weight: 16kg

Mu'adz sudah boleh meniarap 2 hari sebelum genap usianya 3 bulan..Seriau mommy mengenangkan tempat yang awak sunat tu masih bengkak lagi...

Friday, August 8, 2014

4.8.14

How time flies!!!

Mu'adz sudah berusia 2 bulan hari ni..Kakak Sarah pun dah 3 tahun 5 bulan...Semoga anak2 mama membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna pd masa depan...

Mu'adz
Weight: 5.8kg
Height: 58cm

Sarah
Weight:15.7 (tulang mampat dan padat..buleh patah pinggang nak angkat die)
Height: x ukur pulak..


Friday, July 4, 2014

Alhamdulillah, hari ni Mu'adz sudah sebulan...Cepat masa berlalu..Berpantang pun sudah 30 hari..Ada lagi 14 hari tinggal..Hip hip hoorayyy..

Berat Mu'adz pun dah 4.6kg..Naik lbh krg sekilo daripada berat masa lahir...

Kakak Sarah pula hari ni dah 3 tahun 4 bulan...Sejak dapat adik ni perangai kakak makin menjadi2..Huhuuu..Sindrom dapat adik baru kot..Memang menguji kesabaran mommy ajer kakak Sarah ni...

Ape2 pun,kehadiran Sarah dan Mu'adz sangat bererti buat mommy..Smg kalian menjadi anak2 soleh/ah ye..

Mommy love both of you!

Wednesday, June 25, 2014

Selepas ni mommy akan memeriahkan blog ini dengan kehadiran adik Sarah Ardini, Muhammad Mu'adz Al-Fateh...Confinement mode is ON..Belum ada masa untuk bercerita dalam blog ini..

Wednesday, April 2, 2014

Sarah di Alimkids Playgroup - part 1

Akhirnya kami bersetuju untuk daftarkan Sarah ke Alimkids Playgroup. Memandangkan Sarah memang selalu request untuk pergi school, dan excited bila tengok school di bawah rumah babysitter dia, kami rasa tak rugi nak masukkan Sarah ke playgroup ni dulu sebagai persediaan dia untuk masuk school next year.

Registration fee RM150 dan module fee pula RM200..So total dalam RM350..Satu modul ada 8 kelas..Lebih kurang 2 bulan lah kelas ni..

Modul baru pun bermula pada 8.3.14..So pagi tu mommy dan Sarah aje yang pergi bersama memandangkan abah Sarah ada tugasan lain. Agak kelam kabut juga pagi tu sebab nak keluarkan duit di mesin ATM depan rumah,tapi rosak pulak. Pergi ATM lain pulak ramai manusia..Nak tak nak kena beratur juga sebab tak cukup duit nak bayar utk registration Sarah nanti.

Agak lewat bertolak dari rumah..Ditambah pula tak berapa ingt jalan ke sana..Memang bawa kereta ala2 merempit jugalah..Dekat jam 10.15pagi baru kami sampai Alimkids. Mujurlah belum mula lagi masa tu..Bila dah ramai budak2 yang sampai barulah kelas dimulakan..Teacher Moon baca alfatihah dan doa bersama2 dengan kids..Lepas tu macam biasa lah sesi warming up iaitu menyanyi few songs..Sarah masih belum panas enjin..So dia banyak observe saja masa ni..Lepas tu teacher akan bacakan buku..Ada la diselitkan nilai2 murni dalam cerita tu..cerita pun simple2 saja..Modul kali ni tentang haiwan..So banyak cerita tentang haiwanlah..Habis bercerita sambung lagi nyanyi..

Lepas tu baru buat art work..Sesi ni la sebenarnya yang menarik minat kids termasuklah Sarah..Minggu ini kita buat spider menggunakan tepung jagung yang dicampur dengan hair conditioner..Sangatlah mudah membuat playdoh ni..Bolehlah cuba di rumah nanti :)
Yang mengadun playdoh tu tentulah mommies kan..budak2 ni excited juga..


Second class @ Alimkids ~15 Mac 2014 

Disebabkan kelas pertama haritu kami sampai lewat, so kali ni mommy keluar lebih awal..5 minit sebelum pukul 10 kami dah sampai school :) Dan kami menjadi orang pertama yang sampai..Hehehee..So sementara menunggu kawan2 yang lain, teacher pun bagi Sarah gambar dan color pencils utk mengisi masa yang ada..Oh...this week kita belajar tentang kucing..

Untuk kelas kedua ni mommy dah nampak sedikit perubahan pada Sarah..Sarah dah x jadi pemerhati lagi..Sarah dah mula nak join aktiviti especially aktiviti nyanyian tu..Heheee..Aktiviti seperti biasalah yer..nyanyi2..baca buku..nyanyi lagi..lepas tu art work kita buat gambar cat..Cuma di akhir aktiviti kali ni kita main parachute..Wahhh seronoklah semua budak2 ni dapat main parachute tu :)


Third class  @ Alimkids ~22 Mac 2014


Minggu ni teacher Moon takde, so replace dengan teacher Ashie..Kelas kali ni x berapa ramai kids yang datang..Kali ni Sarah dah jadi makin aktif..Seronok sangat join nyanyi2..Budak2 memang suka berlari2, melompat2..So mommy kena banyak sabarlah melihatkan aksi Sarah yang lebih aktif berlari2 berbanding kawan2 yang lain..Huhuuu..Yang jelas, Sarah kalau aktiviti nyanyi2 dan art work tu dia boleh concentrate..Tapi bila teacher bacakan buku, dia lebih suka berlari2 tawaf satu kelas..Aduhaiii anakku..Takpelah sebab perkembangan dan minat anak kan berbeza2 :)

Untuk art work kali ni, kita buat tiger puppet..Menarik juga sebab menggunakan water color..New exposure kepada anak2..



4th class @ Alimkids ~29 Mac 2014

Teacher Moon is back this week..Hari ni budak2 cuma bertiga saja yang datang..Kelas tetap diteruskan..Sarah dah boleh adapt dengan kelas..Minggu ni kita belajar tentang burung :)
Seronok sangat dapat mewarna gambar angry bird..lepas tu main tampal2 burung dekat dahan..aktiviti2 macam ni mmglah budak2 suka..Sarah seperti biasalah bila aktiviti membaca buku, dia akan berlari keliling kelas :) Layankan aje lah


Ada few class lagi untuk modul ni..Mommy mmg nampak perubahan pada Sarah..Mommy harap dengan membawa Sarah pergi kelas macam ni dapat membantu perkembangan minda Sarah..Tahun depan kan dah nak masuk kindy :) tapi mommy nak hantar Sarah pergi playschool aje pun..Tak naklah push sangat budak2 umur 3-4 tahun ni.. Bila dah masuk 5 tahun tu dah ok dah nak mula belajar..InsyaAllah...

*pic credit to Itsy Aulad

Tuesday, March 4, 2014

Happy 3rd Birthday Sarah Ardini!

Hari ini alhamdulillah Sarah sudahpun berusia 3 tahun. Pantas sungguh masa berlalu..Anak mommy makin membesar, makin petah berkata2, makin aktif dan macam2 yang sewaktu dengannya :)

Untuk tahun ni, mommy dan abah sudah plan nak bawa Sarah pergi ke zoo..Mula2 nak bawa Sarah pergi Farm In The City..Kat situ ada petting zoo..Tapi takde rezeki sebab tempat tu ditutup setiap hari Selasa..Sabar je la aku! Lepas tu mommy tukar plan utk pergi ke Zoo Negara, provided cuaca baik..Kalau cuaca tak baik, kita tukar ke plan C iaitu pergi tengok ikan2 di Aquaria KLCC..

Alhamdulillah pagi tadi cuaca baik..So kita teruskan dengan plan B pergi ke Zoo Negara..Sampai di zoo lebih kurang jam 11 pagi..Rezeki Sarah hari ni dapat masuk free..So cuma bayar tiket dewasa sahaja RM60. Seronok juga pergi weekdays ni sebab tak ramai manusia. So kami boleh berjalan dengan aman tenteram..

Memandangkan sampai pun matahari dah tinggi, kami tak banyak berjalan..Dapat jugalah menonton pertunjukan haiwan di situ.. Tapi terlepas slot pertama; burung kakak tua..Sempat tengok siang laut aje..Seronok lah cik Sarah kita tengok singa laut beraksi..Habis pertunjukkan, kami pergi melawat haiwan di sekitar kawasan terdekat sebelum sambung menaiki tram..Aduyaii tak laratlah mommy yang memboyot ni nak berjalan banyak2 di tengah2 panas terik tu. Kami pun naik tram sajalah..Bayarlah RM13 utk 3 orang..Dapatlah tengok zirafah, gajah, singa, kancil, zebra,hippo dan banyak lagi..Tapi cik Sarah ni semua binatang pun dia takut..Heheeeee..Sarah cakap kt mommy "jangan tengok dekat2lah..kita tengok jauh2 je yer"..Penakut betul anak mommy nih..

Pukul 12 tghr hari kami pun bertolak pulang ke Putrajaya untuk lunch pula. Abah ajak tok ayah & tok ma lunch sekali..Diorang kan dah pencen, sekali sekala bawaklah pegi makan..Alang2 nak sambut birthday Sarah ni, meriah sikitlah..Kami makan di Kelab Ekuesterian Putrajaya..Sebelum tu singgah kejap di Secret Recipe beli kek..Kek pun beli yg slice aje. Mommy beli 2 slices aje, takmo membazir..

Seronok Sarah dapat makan kek..Habis jugalah 3/4 daripada sepotong kek tu..Heheee...Selesai makan2 kami pergi bergambar kejap di sekitar kawasan kelab dan lepas tu baliklah...

Walaupun simple aje birthday celebration utk Sarah, tapi mommy happy je sebab dapat bawa Sarah pergi zoo dan makan kek :)

Sempena ulangtahun kelahiran Sarah ke-3 ni, mommy doakan Sarah semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah selalu..Semoga anak mommy ni menjadi anak solehah yang diredhai Allah..Mommy love you Sarah!


http://flipagram.com/f/4zbN4gfv10

Friday, February 21, 2014

Bila berjauhan dengan anak

Sejak Sarah lahir sampailah usianya 2 tahun 11 bulan ni, ke mana-mana mommy pergi mesti tak tinggal Sarah..Ingat lagi seminggu lepas naik cuti bersalin, mommy kena outstation ke Penang..Masa tu abah berkorbanlah amik cuti temankan mommy..Sarah pun kecik sangat lagi masa tu baru 3 bulan...Biasanya memang mommy akan angkut saja Sarah ke mana mommy pergi..Masa kecil2 Sarah masih breastfeed..Memang susah nak tinggal..Ada sekali tu mommy kene pergi bengkel di Melaka..Abah tak dapat teman, so mommy angkut che sue temankan sekali sebagai babysitter Sarah di sana. Makan minum ditanggung beres :)

So this time la first time mommy terpaksa berpisah dengan Sarah..Mommy ada kursus di KL..Bilik pula kene sharing..Kalau dapat bilik single haruslah mommy akan angkut sekali Sarah..Lain macam betul lah perasaan bila tinggalkan anak for the first time..Dah nama pun emak kan..macam2 bermain di fikiran..



Paling tak tahan tu, bila Sarah ngadu rindu kt mommy..Of course mommy pun rindukan Sarah juga sayang..Bangun tidur tanpa mengucup pipi kamu terasa janggal pula..Huhuuu..Untuk malam pertama tu mommy buat video pendek dan hantar pada abah..Sudahnya berkali2 Sarah asyik tengok video tu..Siang2 pula dalam perjalanan ke rumah babysitter, abah akan buat videocall..So bolehlah Sarah dan mommy bersembang 'face-to-face'..Syukurlah zaman sekarang ni sudah ada banyak teknologi yg boleh 'mendekatkan' kita dengan ahli keluarga..

Being a mother memang bab2 meninggalkan anak ni benda yang paling sukar utk dilakukan..Kadang2 tengok member2 yang kena outstation sampai sebulan dua tu Ya Allah..tabah sungguh mereka walaupun mommy pasti jauh di sudut hati mereka juga berat hati nak berjauhan dengan anak..

Sarah memang biasa kalau abah yang outstation..So kali ni bila mommy yang outstation memang lain macamlah keadaannya..Tapi alhamdulillah, nampak dia faham yang mommy kene pergi work..Anak mommy makin besar dan cerdik...InsyaAllah mommy cuba utk elak berjauhan dengan Sarah lagi lepas ni..

Mommy love u Sarah!

Tuesday, February 11, 2014

Alimkids Playgroup

Hujung bulan Januari lepas, mommy ada bawa Sarah join free trial class by Alimkids Playgroup di Butik Tateh, Bangi..Actually masa Sarah umur 18 bulan dulu pun mommy pernah bawa Sarah join free trial playgroup di Excel Qhalif, Bangi..

Mungkin masa tu Sarah masih kecil, tambah pula tengah sakit mata..Jadi dia hanya jadi observer saja..Cuma aktiviti art n craft tu dia seronok la join.

Di Alimkids tu, cousin Sarah, Thaqif pun join sekali..Jadi taklah bosan Sarah pergi kelas seorang diri..Kami tiba lewat few minutes..Tapi masa tu belum start class lagi..Kelas dimulakan dengan bacaan AlFatihah dan doa..Teacher yang conduct kelas masa tu namanya teacher Mun..

Masa awal2 kelas, banyak menyanyi..Tapi Sarah n Thaqif nampaknya kurang berminat..Huhuuu..Si Sarah lebih berminat nak main display walker di sudut tepi kelas..Aduhaiii anakku!

Tapi di akhir kelas ada aktiviti arts & crafts..Ini memang budak2 semua enjoy! Daripada proses mengambil barang2 daripada teacher semua mommy biarkan Sarah buat sendiri..Aktiviti pada hari tu ialah aktiviti cop2 kentang dengan water color..Hahaaa teringat zaman sekolah dulu masa pendidikan seni.. Kena buat bentuk pada buah2an n then kita tekapkan pada kertas lukisan. Memang menarik..Tapi utk anak2 yg baru usia mereka 2 tahun lebih ni jangan expect tinggi sangat..Pada mommy diorang berminat dan buat pun dah cukup baik..Hehee 

Habis aje kelas semua kids diberikan air minum dan roti..Bolehlah buat alas perut sebelum lunch :) Organiser ada tanya sama ada kami berminat utk hantar anak2 join kelas ni..Mommy & mommy thaqif perlu diskusi dulu dengan suami masing-masing..InsyaAllah memang berminat nak hantar..

Sebelum bertolak pulang ke rumah kami singgah dulu di kedai berhampiran makan froyo..frozen yogurt..hehee..nampaknya anak2 lebih gemar bermain drp makan..Kesimpulannya memang emak2 aje lah yang menghabiskan yogurt tu..So you know why emak2 berbadan besar skrg? Sbb emak2 ni la yang selalunya terpaksa menghabiskan makanan daripada membazir *__*