Showing posts with label 4yo. Show all posts
Showing posts with label 4yo. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

Sarah is 4

Alhamdulillah, tanggal 4 Mac yang lalu Sarah Ardini sudah berusia 4 tahun..Seperti tahun2 sebelum ini, setiap kali ulangtahun kelahiran anakanda, mama akan menyambut bersama-sama secara kecil-kecilan sahaja..

Utk tahun ini, kami hanya membawa Sarah dan Mu'adz jalan2 di IOI Mall memandangkan kami pun belum berkesempatan meninjau semua kedai di situ..Hahaaaa..So hari tu  kami smpai IOI dah memang waktu makan tengah hari..Tak ramai manusia pun..Banyak2 kedai makan smpai tak tahu nak makan mana..Akhirnya kami makan di kedai makan indonesia..Nama kedai usah lupa dong..Biasa2 saja makanan di situ..Habis lunch, jalan2 sekejap n then solat zuhur..Lepas tu barulah kami ronda2, tawaf IOI tuh..Dapatlah bawa Sarah naik train pusing tingkat 2 tu..Takde orang lain dalam train tu..Hanya mama dan Sarah..Abah dan Mua'dz jadi cameraman sajo..Dah puas jalan lepas tu kami serbu ke magnum cafe..Teringinlah nak merasa apa yang istimewa sangat kt kafe magnum ni kan..So takdelah kek, kita celebrate makan ice cream special tahun ni...

Banyak sangat set magnum tu smpai tak tahu mana nak pilih..paling biasa harganya RM9.90 bolehlah letak topping apa pun..Akhirnya mama pilih set cookies magnum..Ade 2 ketul aiskrim magnum dan soft cookies satu tray yang agak banyak juga utk dihabiskan..Udah la manis letingggg..Oklah, pada aku rasanya so so saja..Aku suka lagi magnum biasa yang takde topping bagai tu..Hihiii..Tp sekali sekala nak makan yang luar biasa sikit apa salahnya kan ;)


Special ice cream for birthday girl

Abah's ice cream..Kekacang dia tak crunchy..So pada mama tak berapa sedap


Lepas kenyang makan aiskrim kami pun beransur pulang..

Ohh ye..Untuk sambutan besday di taska Sarah, aku dah tempah awal2 kek dia..Mestilah special sikit dan ada frozen theme, kegemaran mek Sarah tu..Mula2 nak tempah kek pun pening tak tahu nk pilih yang mana..Dengan harga kek yang memang mahal kan..Yelah semua benda pun nak naik harga kan!Jenuh berpinar2 mata mama nk meng'google' hari2 sebelum buat final decision..

Akhirnya aku order saja dengan Sweet Cottage Biz ni..Senang berurusan dengan orangnya..Harga pun berpatutan..

So pada 5 Mac, adelah sikit sambutan utk hari lahir Sarah..Selama ni tak pernah buat birthday party kt umah..Kalau buat pun hanya utk famili terdekat sahaja..Dalam pukul 3 ptg tu kek birthday pun sampai..Ohh aku order juga apam cornetto yg sangatlah comel..Dalam pukul 4ptg waktu minum petang Sarah di taska aku pun turun..Haru biru dengan budak2 yang seramai 50++ orang tu..Jenuh cikgu nak handle budak2 tu..Nampak aje cikgu usung kek apa lagi meluru la budak2 tu depan kek..Ade yang siap colek2 lagi tepi kek tu..Hahaaaa..Biasalah kan tu budak2..

Jadilah sambutan secara kecil2an utk Sarah..saja nak bagi anak happy kan..

Kek choc moist ni beratnya dekat 4kg..Harganya tak sampai RM150 pun! Thanks to Sweet Cottage Biz, sedap keknya..Apam cornetto tu pun sedap..lembut gitu..

Di kesempatan ini mama ucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke-4 buat anakanda Sarah Ardini..Semoga Allah selalu pelihara Sarah di sepanjang perjalanan hidupmu..Smg kamu membesar menjadi anak solehah penyejuk hati dan mata buat abah dan mama..Mama love you Sarah :)



Saturday, January 31, 2015

from babysitter to taska

Tahun 2015 ni Sarah dah masuk usia 4 tahun..Disebabkan umur 5 tahun nnt Sarah akan masuk tadika so mama rasa tahun ni dah sesuai sangat untuk Sarah masuk taska untuk belajar bergaul dengan kawan-kawan dan menerima arahan daripada cikgu..

Asalnya mama ada mohon untuk masukkan Sarah ke taska Kemas berhampiran dengan ofis mama..Tapi takde rezeki Sarah kat sana..So paling senang mama masukkan Sarah ke taska di ofis mama sahaja..Senang nak hantar adik Mu'adz dan Sarah..Nak pantau pun senang..Hihiiii..

Ongkos masuk taska bawah ofis pun boleh tahan juga..Untuk budak umur 4 tahun yurannya dalam RM800++..Yuran bulanan RM250..Uniform 2 pasang, buku log harian, aktiviti dan lain-lain..Pejam mata aje la..Mama dah survey kalau tadika swasta yang lain semuanya RM1000++ aiyyakkk mcm nak belajar kt universiti aja..

5 Januari lepas merupakan hari pertama Sarah masuk taska..Bangun pagi alhamdulillah xda masalah..Cuma nak mandi susah sikitlah pasal pagi2 airnya kan sejuk..Huhuuuu..Lepas hantar adik ke rumah BS, mama pun hantar Sarah ke taska..Ramai juga budak baru tahun ni termasuklah Sarah..Muka pun cuak2 aje..Lepas hantar Sarah mama pun jenguk2 la dia setiap 2 jam..Mama pun rasa sedih dalam hati bila anak masuk taska..Over..baru masuk taska je pun..Huhuuu..

first day @ school



Hari kedua 

2nd day @ school

Hari ketiga - menangis pula pagi2 bila mama hantar masuk dalam taska...

Hari keempat - menangis tak mau masuk skolah..Berlari2 depan taska sampai mama kene dukung bawa masuk dalam taska..Meraung2 tak nk masuh..Smpai kawan2 pujuk pun tak mahu..

Hari kelima- bangun lebih awal, mood ceria..Bila mama hantar ke taska terus masuk dalam..x salam mama pun..huhuu..sabo je la..hari ni ada perarakan maulidur rasul..

5th day @ school

Masuk minggu ke-2 dan seterusnya alhamdulillah dah tak nangis lagi..Malam2 pun dah boleh tidur lebih awal dan tak menangis bila bangun pagi..Kadang2 tu nangis jugalah..Huhuuu..Biasalah kan budak2...Ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru..Inshaallah you will survive my dear daughter!