Wednesday, August 28, 2013

Menunaikan umrah bersama anak kecil

Assalamualaikum..

Entry kali ni mommy nak berkongsi pengalaman membawa Sarah menunaikan umrah tahun lalu..Mungkin boleh membantu ibu2 di luar sana yang bercadang membawa anak kecil bersama semasa menunaikan umrah.

Kami sekeluarga menunaikan umrah sekitar bulan Februari 2012. Syukur Ya Allah, Kau memberikan peluang untuk kami sekeluarga sampai ke Haramain..Kami pergi dengan pakej Andalusia Travel. Alhamdulillah, kami berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Biasanya jika membawa anak kecil kurang daripada 2 tahun, bayaran yang dikenakan hanya untuk visa. Untuk Sarah kami hanya membayar RM1,500 untuk visa. Jika lebih 2 tahun, mungkin bayaran penuh seperti kita yang dewasa. Untuk kepastian, anda bolehlah bertanya dengan travel agent anda.

Penerbangan kami transit ke Bahrain dan kami menaiki Gulf Air. Syukur sangat Sarah tak banyak ragam. Tidur sepanjang perjalanan dari KL ke Bahrain. Tidur pula dalam baby basket tu, memang nyenyaklah..Mujurlah masih muat nak letakkan Sarah dalam baby cot tu sbb Sarah pun dah hampir setahun masa tu..Muat2 saja lah..

Gambar ehsan GOOGLE

Gambar ehsan GOOGLE

Memandangkan kita membawa anak kecil, banyak benda yang perlu dipersiapkan terutamanya pakaian. Makanan saya tak berapa risau sebab masa tu Sarah pun dah makan solid food, hampir setahun usianya ketika itu. Jadi saya tak berapa risau..Kurma paling mudah didapati..Lain2 seperti nasi pun mudah..Cuma lauk tu kene pilih sikitlah takut tak kena gaya baby boleh sakit perut pula nanti..

Pakaian


GOOGLE

Satu beg besar untuk Sarah, sebab baby kan banyak tukar baju..Berpuluh2 helai jugalah saya bawa..Nak basuh sendiri takut lambat kering..Nak beli terus baju di sana, masa agak terhad sebab aktiviti kita hanya penuh dengan berulang alik dari hotel ke masjid.

Jika anda pergi pada bulan Januari-Mac, bawalah sekali baju panas untuk baby. Sebab masa tu cuaca sejuk kering. Memang sejuk..Jangan lupa juga bawa balm dan lain2 yang sewaktu dengannya sebab kulit baby biasanya akan merekah seperti kita yang dewasa. Sarah pun dulu pipinya merah dan lepas tu merekah sebab cuaca sejuk kering..

Ubat2an amat penting dan wajib dibawa sebab di sana harga agak mahal..

Diapers pun jangan lupa..Bawa secukupnya..Mungkin satu pack diaper tu cukup kot..


Makanan

GOOGLE
Saya bawa juga baby cereal in case susah jumpa lauk yg sesuai utk baby..Kat sini tak pernah pun suap Sarah dengan cerelac ke nestum..Huhuuu..Tp sbb nak travel jauh, saya bawa jugalah. Biskut baby tu pun berkotak2 saya bawa. Di sana mmg ada dijual tp sangat manis compared to brand di sini..

Masa di sana, cereal tu berusiklah juga, tapi tak habis pun..Siap bawa balik semula ke Malaysia..Sebab kat sana, waktu makan biasa saya suapkan Sarah apa yang saya makan, contoh nasi lemak, suapkan nasi lemak without sambal..timun, ayam tu bolehlah dia makan..kalau lauk berkuah pedas saya x beri. So suapkan cereal.

Waktu di masjid, memanglah anak kecil saya masa tu sangat aktif. Dia dapat kaki pun di sana..Waktu kita sedang solat, saya berikan dia makan biskut keras supaya ada lah kerja dia dan sempatlah saya menghabiskan solat. Tapi bila dah nama pun budak kecil kan..Dia memang x duduk diam. Merangkak sana sini..Mata saya pun selalu juga melilau perhatikan anak kecil tu. Kadang2 saya dukung Sarah sambil solat. Tapi perlu pastikan diaper dia bersih drp najis ketika itu..Kalau tak, x sah solat kita sebab menanggung najis. Begitu juga semasa melakukan tawaf. Anda perlu pastikan anak anda bersih daripada kencing dan berak.



Lain-lain

Stroller
Sangat perlu sebab kita bukan larat nak dukung baby semasa berulang dari hotel ke masjid. Lainlah kalau hotel yang anda stay tu betul2 berdepan dengan masjidil haram seperti di zamzam tower.. Saya dulu jarak hotel lbh kurang 400-500m dr masjid..Mmg hari2 pakai stroller..Elok bawa jenis buggy sbb mudah dilipat dan saiznya yang kecil tidak mengganggu ketika turun naik lif hotel..

Baby carrier

Saya pakai jenis ring sling..Kadang2 bila saya tak pakai stroller, saya dukung saja anak sbb nak cepat..Kalau masa tengah tawaf, buat gilir2 dengan husband, masa saya sedang tawaf, husband akan teman dan dia dukung sarah guna ring sling ni..Lebih mudah..

GOOGLE
Alhamdulillah, pada saya membawa anak kecil bersama ketika menunaikan umrah tidaklah begitu sukar. Yang penting, berdoa selalu kepada Allah minta dipermudahkan segala urusan kita di sana. Mungkin juga saya pergi bersama emak dan adik beradik. Jadi urusan di sana lebih mudah. Kalau pergi hanya suami isteri dan anak mungkin agak sukar sebab kadang2 kita perlukan orang lain utk membantu kita tengokkan anak. 

Macam saya dulu masa nak masuk Raudhah, kebetulan pula Sarah terpoopoo masa tu.. So emak saya yang tolong tengokkan Sarah sementara saya masuk ke Raudhah..Malam harinya emak saya pula pergi ke Raudhah dan saya jaga Sarah..

Masa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah menaiki bas, perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam kalau tak silap saya. Risau juga Sarah terberak ke masa tu..So dalam hati, kita berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita..Dan syukur sangat sepanjang perjalanan Sarah tidur sahaja..Bila sampai waktu solat pula, bergilirlah saya dengan emak. Saya solat dahulu, kemudian baru emak..Suami dan adik2 pun ada masa tu..So boleh bergilir tengokkan anak..

my sleeping beauty dalam perjalanan Madinah-Makkah





Yang paling tak boleh lupa pengalaman kami buatkan umrah untuk Sarah..Perlu pastikan anak kita berpakaian yang menutup aurat dan dalam keadaan bersih..Syukur sangat masa bertawaf pun Sarah tidur lena. Hujan renyai2 seketika..Allahu Allah..hujan rahmat ketika itu. Saya duduk di atas wheel chair sebab kata mutawwif, jika ibu dan anak duduk bersekali di atas wheel chair, kami hanya membuat 7 pusingan. Jika ibu mendukung anak, perlu membuat 14 pusingan. Alasannya, saya sudah lupa. Nanti akan dicari. Kesian juga encik suami masa tu kene sorongkan wheel chair. Maklumlah isterinya berat..Nak tempuh ramai pula manusia ketika itu..Huhuuu..

Pengalaman menunaikan umrah tahun lalu amat manis. Sehingga hari ini terasa kerinduannya terutama bila melihat Kaabah di tv..Semoga diberikan kesempatan lagi untuk menjejak kaki ke sana mengerjakan haji dan umrah..Allahu Allah..

Sunday, August 11, 2013

Syawal 1434H

Syukur ke hadrat Ilahi kita dapat meraikan Syawal tahun ini bersama keluarga dan sanak saudara tersayang..

Bila anak sudah sikit membesar, bertambah meriahlah hari raya..Sarah pun dah pandai kumpul duit raya, pilih nak pakai baju yang cantik2, kasut pun pakai kasut yang cantik2..Anak mommy dah makin membesar rupanya..How time flies!!

Raya tahun ni, mommy dan abah pakai baju lama yang masih elok. Baju Sarah aje yang mommy belikan. Maklum saja, anak kecil kan cepat membesar, jadi baju2 sekejap aje dapat pakai...So raya kali ni mommy belikan baju yang 1-2 size bigger..Biar lama sikit boleh pakai..Tidaklah membazir..Hahaaaa..

Selamat Hari Raya buat semuaaaa...


Sunday, August 4, 2013

29 bulan

Alhamdulillah..hari ini Sarah sudahpun masuk 29 bulan, 2 tahun 5 bulan..Syukur kpd Allah kerana memberikan kesihatan yang baik buat Sarah..

Kamu sangat petah berbicara skrg anakku..Bicaramu selalu saja membuatkan mommy dan abah terhibur dan kadang2 terfikir dari mana kamu mendapat idea bercakap macam tu..

Hari ini kita melawat baby Azalea, anak cik Lie dan cik Azie..Seronok sungguh kamu dan Harraz berlari2 dalam bilik cik Azie..Mujurlah hospital swasta..Kalau hosp kerajaan janga harap kamu nak berlari sana sini..

Di rumah tok ayah lebih2 lagi lah kamu dengan keaktifan kamu tu..Berlari, melompat sana sini.. Bergaduh dengan Harraz..Babysitting adik Hanis Uzma..Nampak ada ciri2 kak long kamu tu..Hihiii..Insyaallah, mudah2an Allah memberikan rezeki untuk kita menambah ahli keluarga kita pada masa akan datang, ameen..

Sewaktu kami semua sedang solat terawih kamu semakin aktif..Sedangkan Harraz dan Hanis, terlena dibuai mimpi indah..Tak penat ke cik Sarah oiiii..Semua orang kamu usik sewaktu kami sedang bersolat..Tak khusyuk pun ada bila kamu tengok cerita Upin Ipin tu..Dialog semua kami 'terhafal'...Yang paling tak tahan tu, bila habis aje solat, mommy nak marah kamu, kamu pun balas "Ustaz cakap tak baik marah"..Aduhhhh..dari mana pula kamu belajar ni Sarah o_O..

Mujurlah masuk je dalam kereta, dapat nenen terus kamu tidur sampai pagi ni...Sarah ohhh Sarah..Penghibur hati mommy dan abah..Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, taat pada Allah dan patuh pada syariat Islam..

Mommy love u Sarah!