Tuesday, October 15, 2013

Salam 10 Zulhijjah!

Kepada semua muslimin muslimat, selamat menyambut hari raya eiduladha..Hayati erti pengorbanan sebenar dalam diri masing-masing



Monday, October 14, 2013

Planning for a baby boy?

Saya rasa it's normal bagi seorang ibu yang mahukan anak lelaki dan perempuan. Biasanya bila dah dapat anak perempuan, untuk next pregnancy mesti 'mengidam' anak lelaki pula kan? Haha..pada saya tak salah berharap..tetapi jika tak dapat apa yang diidamkan tu jangan pula menyalahkan takdir. Rezeki itu kan datangnya dari Allah..Tapi tak salahkan mencuba?

sumber: Google
Di internet ni, tekanlah apa aje keywordnya mesti akan keluar apa yang kita cari..Baru2 ni adelah berangan2 kalau ada rezeki dpt pregnant lg nanti, teringin nak meninmang anak lelaki ;p

Hasil pencarian di google, memang banyaklah dapat tips untuk mendapatkan anak lelaki..Untuk anak perempuan pun ado jugak tipsnya..Dari segi pemakanan, amalan doa2, ada juga yang berjaya mencuba ikut chinese calendar..Macam2..Usahalah selagi terdaya..Biarlah Allah yang menentukan...Tapi jauh di sudut hati, rezeki dapat anak lelaki ke perempuan ke tak kisah..Yang penting anak yang dilahirkan tu sihat, sempurna fizikalnya dan semoga besarnya nanti menjadi insan yang soleh/ah..

So di sini saya nak kongsikan dengan semua beberapa kaedah untuk mencuba mendapatkan anak lelaki..Mana tahu ada yang nak mencuba kan? ;p

Pemakanan

Digalakkan mengambil makanan bersifat alkali
  • Epal
  • Aprikot
  • Avokado
  • Pisang (ripe)
  • Anggur
  • Grapefruit
  • Lemon
  • Limau
  • Oren
  • Pic
  • Nenas
  • Kismis
  • Tomato
  • Celery
  • Kobis Bunga
  • Brokoli
  • Bayam
  • Daging merah
  • Teh hijau

 * Juga digalakkan minum minuman berkafein beberapa jam sebelum bersama 

 Amalan/Doa

* Digalakkan membaca surah Maryam ayat 1-4

Lain-lain tips
 
* Digalakkan bersama pada sehari sebelum atau pada hari ovulasi. Ini kerana sperma Y bersifat cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayatnya tak lama iaitu sekitar 24 jam sahaja.


sumber: Google
 Ingin mencuba? Selamat berjaya! :)

Thursday, October 10, 2013

Welcome aboard my niece

Alhamdulillah..kelmarin 8 Oktober 2013 lahirlah anak kedua adik saya..Kelahiran yang sangat2 dinantikan sebab ibu dia masuk wad sejak hari Sabtu..Ahad kena induce..Sampailah hari Selasa diinduce kali ke-3, masih tiada progress..Finally terpaksa buat czer atas sebab2 tertentu...

Takpelah dik oii..Dah cuba untuk bersalin normal tapi bukan rezeki kali ini..Yang penting ibu dan anak selamat..

Welcome aboard cute lil girl! 



Mak long doakan kamu membesar menjadi anak solehah, ameen..

Monday, October 7, 2013

Bila anak dijangkiti chicken pox

Rupanya demam Sarah tempoh hari adalah sebab nak kena chicken pox..Sebenarnya adalah perasan beberapa tompok berair di tepi telinga dan kepala Sarah..Mulanya ingatkan gatal2 sebab dia mandi kolam last week...Semalam nampak macam dah banyak pula tompok2 mcm blisters gitu..So lepas mandi petang semalam mommy pakai Sarah bedak sejuk dengan harapan dapat mengecutkan tompok2 itu...

Pagi esoknya bangun tidur tengok dah penuh badan Sarah dengan tompok2 tu..Rasanya confirmed dah kene campak ni..So pagi tu mommy pun bawa Sarah ke klinik untuk confirmation..Ramai juga orang di klinik pagi tu..Dekat sejam jugalah tunggu turn baru dapat masuk jumpa doc. Bila doc check mmg confirmed chicken pox..Sarah diberikan ubat calamine dan ubat demam sahaja. Doc tu ada juga cakap boleh cuba cari daun semambu untuk kurangkan rasa miang di badan anak...Kesian mommy tengok Sarah asyik tergaru2 aja..Doc tu cakap ambil masa lebih kurang 2 minggu juga nak baik...


aktif aje budak ni
Lama juga tu...Meaning mommy n abah kene la bergilir2 amik cuti jaga Sarah..So mommy pun apply cuti hari Isnin n Selasa. Rabu sampai Jumaat abah pula cuti jaga Sarah..

Kasihan sungguh anak mommy..Paling sedih tu bila nak mandikan dan tukarkan diaper..Mesti dia meraung2 sakit. Tapi apa boleh buat..Takkan x basuh pula kan? So apa yang mommy buat, setiap kali lepas mandi or kalau x mandi pun mommy akan lapkan badan Sarah slowly sbb pedih bila cacar tu dah pecah, mommy akan sapukan calamine ke seluruh badan. Di muka n kepala mommy sapukan pula dengan bedak sejuk.



Mujurlah tok ayah Sarah ada bekalan daun semambu di rumahnya. Dapatlah dibuat air rebusan dan lapik ketika tidur.

Daun semambu ni lebih dikenali di kalangan orang India. Orang  India biasa panggil daun neem..Daun ini disifatkan sebagai anti bakteria, anti kulat, anti radang dan anti virus. Daun semambu yang ditumbuk menjadi serbuk sangat berkesan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, ruam, gatal2, kurap. Juga dikatakan dapatkan menghilangkan miang akibat chicken pox.


sumber: Google
Mula2 runsing juga tak tahu nak cari mana daun semambu ni..Bila google2 ada yang cakap boleh dapatkan di Taman Warisan Presint 16.. Memang ramai mak bapak yang anaknya terkena chicken pox akan ambil daun semambu di situ..Pak guard di situ pun mmg dah maklum...

Bila dah banyak stok daun semambu di rumah, mommy rebuskan daun tu buat air mandian Sarah. Mommy tumbuk halus juga daun tu untuk dicampur dengan bedak sejuk. Selain tu, mommy ikat beberapa batang ranting halus daun tu untuk buat garu2 di badan yang gatal. Memang menjadi dgn izin Allah..Sedap je nampak Sarah..Siap boleh terlena lagi..Heheehe..
Dan sebelum tidur, mommy akan taburkan daun semambu di atas tilam buat lapik tidur Sarah..

Penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox ni bukan hanya pada luaran, makanan pun kene jaga supaya badan anak tu tak gatal..Masa awal2 tu tak tahu pula ayam tu boleh sbbkan gatal..So bila dah tahu tu mommy hanya masakkan ikan n sayuran aje untuk Sarah..

Alhamdulillah, Sarah kena x lama..Seminggu aje..Daun mambu tu bagus untuk keluarkan semua chicken pox tu dan cepat mengering. Sekarang ni parut pun x nampak dah..Cuma di belakang badan aje yg masih berbekas..Sarah asyik nak mengopek aje parut2 di kepalanya..

Lega mommy anak mommy dah kembali sihat dan boleh dihantar ke rumah tok mi dia...Selera makan pun dah semakin baik..

Semoga anak mommy terus membesar dengan lebih sihat, ameen..

**apelah masalah gambar tu senget??maaf ye**

Friday, October 4, 2013

Sarah is 31 months young!

Alhamdulillah anak mommy masuk 31 bulan arini..Sungguh, cepat masa berlalu..

Sekarang ni makin petah bercakap dan memhami apa yang mommy dengan abah bualkan..Siap menyampuk lagi perbualan mommy n abah..Alahai anak daraku...