Showing posts with label chicken pox. Show all posts
Showing posts with label chicken pox. Show all posts

Saturday, December 27, 2014

Mu'adz demam

Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki kepada kami anak beranak untuk merasai nikmat menyusu dan disusukan..Sehingga hari ini usia Mu'adz sudah 6 bulan masih lagi gigih menyusukan kamu, anak..Gigih mengepam susu di pejabat dan di rumah...hatta kalau outstation pun angkut juga pam utk pastikan bekalan EBM mencukupi.

Few days selepas bawa Mu'adz ke baby spa tu, Mu'adz demam (21/12)..Mommy sentiasa check bacaan suhu badan..Suhu badan turun naik..Paling tinggi 38.6 c..Dekat 3 hari juga lah Mu'adz demam..Dalam hati mommy teringatkan Sarah..Last year, lepas je balik dr mandi kolam di Nilai Spring, Sarah demam..few days juga demamnya lepas tu naik chicken pox..So dalam hati mommy pun ada rasa yang sama pada Mu'adz.

Hari Rabu lepas demamnya dah baik..Tapi malam tu badan dan muka keluar merah2...nak kata alergik pun ada..tp mommy suspect mcm chicken pox...huhuuu..awalnye adik kene chicken pox kan dik.

Mommy ikhtiar sebaik mungkin..Minum nutriferon awal2..makan vita C..mandikan adik dengan basic H, sapukan herbal cream..Nak cari daun semambu x sempat pula..Keesokan harinya nampak byk bintik2 keluar..Mujurlah demam adik Mu'adz dh kebah..Nampak aktif sikit walaupun tiada senyuman ceria..Malam tu bawa adik ke klinik utk confirmkn chicken pox adik tu..Mujurlah KK P9 tu buka walaupun cuti umum..So mula2 ambil darah dulu n then baru jumpa doktor..Doktor kata mmg betul campak.

So esoknya mommy sambung lg cuti jaga adik yg kene demam campak tu..Tp syukurlah sebab adik aktif walaupun campak kt badan tu..Campak adik tu rasanya campak halus dan tak keluar habis..Hanya keluar paras dada ke atas..Kt bahagian bawah xde..Sekejap sangatlah campak adik tu..Mama pun x perlu cuti lama2.


Monday, October 7, 2013

Bila anak dijangkiti chicken pox

Rupanya demam Sarah tempoh hari adalah sebab nak kena chicken pox..Sebenarnya adalah perasan beberapa tompok berair di tepi telinga dan kepala Sarah..Mulanya ingatkan gatal2 sebab dia mandi kolam last week...Semalam nampak macam dah banyak pula tompok2 mcm blisters gitu..So lepas mandi petang semalam mommy pakai Sarah bedak sejuk dengan harapan dapat mengecutkan tompok2 itu...

Pagi esoknya bangun tidur tengok dah penuh badan Sarah dengan tompok2 tu..Rasanya confirmed dah kene campak ni..So pagi tu mommy pun bawa Sarah ke klinik untuk confirmation..Ramai juga orang di klinik pagi tu..Dekat sejam jugalah tunggu turn baru dapat masuk jumpa doc. Bila doc check mmg confirmed chicken pox..Sarah diberikan ubat calamine dan ubat demam sahaja. Doc tu ada juga cakap boleh cuba cari daun semambu untuk kurangkan rasa miang di badan anak...Kesian mommy tengok Sarah asyik tergaru2 aja..Doc tu cakap ambil masa lebih kurang 2 minggu juga nak baik...


aktif aje budak ni
Lama juga tu...Meaning mommy n abah kene la bergilir2 amik cuti jaga Sarah..So mommy pun apply cuti hari Isnin n Selasa. Rabu sampai Jumaat abah pula cuti jaga Sarah..

Kasihan sungguh anak mommy..Paling sedih tu bila nak mandikan dan tukarkan diaper..Mesti dia meraung2 sakit. Tapi apa boleh buat..Takkan x basuh pula kan? So apa yang mommy buat, setiap kali lepas mandi or kalau x mandi pun mommy akan lapkan badan Sarah slowly sbb pedih bila cacar tu dah pecah, mommy akan sapukan calamine ke seluruh badan. Di muka n kepala mommy sapukan pula dengan bedak sejuk.



Mujurlah tok ayah Sarah ada bekalan daun semambu di rumahnya. Dapatlah dibuat air rebusan dan lapik ketika tidur.

Daun semambu ni lebih dikenali di kalangan orang India. Orang  India biasa panggil daun neem..Daun ini disifatkan sebagai anti bakteria, anti kulat, anti radang dan anti virus. Daun semambu yang ditumbuk menjadi serbuk sangat berkesan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, ruam, gatal2, kurap. Juga dikatakan dapatkan menghilangkan miang akibat chicken pox.


sumber: Google
Mula2 runsing juga tak tahu nak cari mana daun semambu ni..Bila google2 ada yang cakap boleh dapatkan di Taman Warisan Presint 16.. Memang ramai mak bapak yang anaknya terkena chicken pox akan ambil daun semambu di situ..Pak guard di situ pun mmg dah maklum...

Bila dah banyak stok daun semambu di rumah, mommy rebuskan daun tu buat air mandian Sarah. Mommy tumbuk halus juga daun tu untuk dicampur dengan bedak sejuk. Selain tu, mommy ikat beberapa batang ranting halus daun tu untuk buat garu2 di badan yang gatal. Memang menjadi dgn izin Allah..Sedap je nampak Sarah..Siap boleh terlena lagi..Heheehe..
Dan sebelum tidur, mommy akan taburkan daun semambu di atas tilam buat lapik tidur Sarah..

Penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox ni bukan hanya pada luaran, makanan pun kene jaga supaya badan anak tu tak gatal..Masa awal2 tu tak tahu pula ayam tu boleh sbbkan gatal..So bila dah tahu tu mommy hanya masakkan ikan n sayuran aje untuk Sarah..

Alhamdulillah, Sarah kena x lama..Seminggu aje..Daun mambu tu bagus untuk keluarkan semua chicken pox tu dan cepat mengering. Sekarang ni parut pun x nampak dah..Cuma di belakang badan aje yg masih berbekas..Sarah asyik nak mengopek aje parut2 di kepalanya..

Lega mommy anak mommy dah kembali sihat dan boleh dihantar ke rumah tok mi dia...Selera makan pun dah semakin baik..

Semoga anak mommy terus membesar dengan lebih sihat, ameen..

**apelah masalah gambar tu senget??maaf ye**