Rupanya demam Sarah tempoh hari adalah sebab nak kena chicken pox..Sebenarnya adalah perasan beberapa tompok berair di tepi telinga dan kepala Sarah..Mulanya ingatkan gatal2 sebab dia mandi kolam last week...Semalam nampak macam dah banyak pula tompok2 mcm blisters gitu..So lepas mandi petang semalam mommy pakai Sarah bedak sejuk dengan harapan dapat mengecutkan tompok2 itu...
Pagi esoknya bangun tidur tengok dah penuh badan Sarah dengan tompok2 tu..Rasanya confirmed dah kene campak ni..So pagi tu mommy pun bawa Sarah ke klinik untuk confirmation..Ramai juga orang di klinik pagi tu..Dekat sejam jugalah tunggu turn baru dapat masuk jumpa doc. Bila doc check mmg confirmed chicken pox..Sarah diberikan ubat calamine dan ubat demam sahaja. Doc tu ada juga cakap boleh cuba cari daun semambu untuk kurangkan rasa miang di badan anak...Kesian mommy tengok Sarah asyik tergaru2 aja..Doc tu cakap ambil masa lebih kurang 2 minggu juga nak baik...
Lama juga tu...Meaning mommy n abah kene la bergilir2 amik cuti jaga Sarah..So mommy pun apply cuti hari Isnin n Selasa. Rabu sampai Jumaat abah pula cuti jaga Sarah..
Kasihan sungguh anak mommy..Paling sedih tu bila nak mandikan dan tukarkan diaper..Mesti dia meraung2 sakit. Tapi apa boleh buat..Takkan x basuh pula kan? So apa yang mommy buat, setiap kali lepas mandi or kalau x mandi pun mommy akan lapkan badan Sarah slowly sbb pedih bila cacar tu dah pecah, mommy akan sapukan calamine ke seluruh badan. Di muka n kepala mommy sapukan pula dengan bedak sejuk.
Mujurlah tok ayah Sarah ada bekalan daun semambu di rumahnya. Dapatlah dibuat air rebusan dan lapik ketika tidur.
Daun semambu ni lebih dikenali di kalangan orang India. Orang India biasa panggil daun neem..Daun ini disifatkan sebagai anti bakteria, anti kulat, anti radang dan anti virus. Daun semambu yang ditumbuk menjadi serbuk sangat berkesan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, ruam, gatal2, kurap. Juga dikatakan dapatkan menghilangkan miang akibat chicken pox.
Mula2 runsing juga tak tahu nak cari mana daun semambu ni..Bila google2 ada yang cakap boleh dapatkan di Taman Warisan Presint 16.. Memang ramai mak bapak yang anaknya terkena chicken pox akan ambil daun semambu di situ..Pak guard di situ pun mmg dah maklum...
Bila dah banyak stok daun semambu di rumah, mommy rebuskan daun tu buat air mandian Sarah. Mommy tumbuk halus juga daun tu untuk dicampur dengan bedak sejuk. Selain tu, mommy ikat beberapa batang ranting halus daun tu untuk buat garu2 di badan yang gatal. Memang menjadi dgn izin Allah..Sedap je nampak Sarah..Siap boleh terlena lagi..Heheehe..
Dan sebelum tidur, mommy akan taburkan daun semambu di atas tilam buat lapik tidur Sarah..
Penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox ni bukan hanya pada luaran, makanan pun kene jaga supaya badan anak tu tak gatal..Masa awal2 tu tak tahu pula ayam tu boleh sbbkan gatal..So bila dah tahu tu mommy hanya masakkan ikan n sayuran aje untuk Sarah..
Alhamdulillah, Sarah kena x lama..Seminggu aje..Daun mambu tu bagus untuk keluarkan semua chicken pox tu dan cepat mengering. Sekarang ni parut pun x nampak dah..Cuma di belakang badan aje yg masih berbekas..Sarah asyik nak mengopek aje parut2 di kepalanya..
Lega mommy anak mommy dah kembali sihat dan boleh dihantar ke rumah tok mi dia...Selera makan pun dah semakin baik..
Semoga anak mommy terus membesar dengan lebih sihat, ameen..
**apelah masalah gambar tu senget??maaf ye**
Alhamdulillah, Sarah kena x lama..Seminggu aje..Daun mambu tu bagus untuk keluarkan semua chicken pox tu dan cepat mengering. Sekarang ni parut pun x nampak dah..Cuma di belakang badan aje yg masih berbekas..Sarah asyik nak mengopek aje parut2 di kepalanya..
Lega mommy anak mommy dah kembali sihat dan boleh dihantar ke rumah tok mi dia...Selera makan pun dah semakin baik..
Semoga anak mommy terus membesar dengan lebih sihat, ameen..
**apelah masalah gambar tu senget??maaf ye**
No comments:
Post a Comment