Monday, December 30, 2013

Menindik telinga anak anda

Baru-baru ni mak mertua ada bgtau yang harga emas sekarang dah jatuh. Sangat berbaloi kalau nak membeli emas sekarang. Memandangkan mommy ni bukanlah peminat barang kemas tegar, harga emas turun ke naik ke, tidak menjadi agenda penting bagi mommy.

Tapi tiba-tiba rasa teringin nak membeli emas untuk anak dara mommy pulak. Teringin nak tengok Sarah pakai subang..Keingin tu datang meluap2 pulak. Maka mommy pun sibuklah meng'google' pengalaman ibu2 lain menindik telinga anak mereka. Rupanya memang ada yang menindik telinga anak seawal usia anak bilamana tali pusat tertanggal. Ohhh..tak tahu pula mommy sebelum ni. Ada juga yang tindik anak mereka dalam usia 9-10 bulan. Kira Sarah sekarang pun dh dekat nak masuk 3 tahun. Kira lewat juga lah..

 

Makin lama membaca, perasaan yang mulanya membuak2 bertukar pula menjadi cuak..Huhuu..Bukan ape, takut pula anak terkena ear infection selepas bertindik sebab ramai juga budak2 ni yang telinga mereka bernanah selepas bertindik. 

Minggu lepas buat survey di Alamanda..Habib Jewels tak buat tindik budak. Masuk Tomei ada buat cuma mahal dlm RM100+ sebab subang yang biasa tu dah habis. Kedai lain pula x ambil budak umur 2-3 tahun ni sebab biasalah mesti akan nangis sekuat hati bila ditembak telinga mereka tu..Haahahaaa..

Lepas tu masa pergi Sunway Pyramid pun survey juga. Poh Kong amik dalam RM45 dan RM18..Ade beza harga sebab yang mahal tu guna pistol yang terkini dan subang dia pun tak tebal. Jadi tak sakitlah. Yang murah tu guna pistol biasa dan subangnya lebih tebal..

Daripada sumber blog yang mommy baca, Habib Jewel kt area KL amik RM18 je..Ada kedai yang charga dalam RM20+-30+..Harga tu tidaklah menjadi keutamaan. Yang paling penting tu kebersihan dan keselamatan anak2 kita..

Nampaknya masih belum ada rezeki lagi utk Sarah bertindik. Nanti dululah..Mommy nak survey pula klinik yang ada buat servis ear piercing ni. Rasanya lebih hygiene kot..Huhuuu

Ni ada artikel oleh Dr. Zubaidi mengenai tindik telinga anak..Boleh dijadikan panduan bersama sebelum menindik telinga anak2 kita :)

Comelkan baby pakai subang ;p

No comments: