Thursday, January 2, 2014

Ear piercing: mission accomplished!

Last few weeks mommy memang dok survey tempat2 yang buat ear piercing untuk budak2..So finally mommy decided to do the ear piercing di klinik..Tapi punyelah takde idea nak cari klinik mana yang buat ear piercing ni..

Kebetulan adik ipar mommy ada inform yang tempat dia nampak ada bekas subang di klinik tempat dia buat locum..Di Bukit Changgang..Apa lagi, mommy pun call klinik tu tanya sama ada dia ada buat ear piercing..Dia cakap ada..Alhamdulillah, misi hampir berjaya.

So semalam, kami pun pergilah ke klinik tersebut..Mujurlah klinik buka walaupun cuti umum sempena tahun baru. Tak susah pun nak cari kliniknya sebab lokasi betul2 di tepi jalan besar. Kebetulan masa kami sampai memang takde orang langsung..Lepas daftar je terus nama Sarah dipanggil..Masuk dalam bilik doktor, nampaklah sorang doktor lelaki yg sudah berusia sedang menunggu dengan memakai face mask..Cool aje doktor tu..Doc tanya Sarah nak bertindik ni sempena ape? Kami senyum kambing aje la..Hahaahaa

Waiting for our turn
Sarah pun nampak confident aje duk kt atas kerusi. Misi suruh pilih subang. Pistol tembak subang pun dah ready..Ok, lepas tu misi pun sembur telinga Sarah dengan ubat kebas. I guess mesti sejuk. Lepas tu doc pun tembak sebelah telinga kanan Sarah, bismillah..Memula reaksi muka Sarah macam terkejut. Mungkin pelik sebab ada benda mencucuk telinga dia. Lepas tu menangis lah dia sekuatnya. Mommy dan abah tak tahan nak gelak tengok Sarah..Abah pun peluklah Sarah kuat2..Lepas tu memang susahlah nak tembak telinga lagi sebelah..Terpaksa juga teruskan sebab nak tunggu dia cool down balik memang confirm dia tak mau buat dah..So dalam keadaan abah berdiri dukung Sarah, doc pun cepat2 tembak lagi sebelah telinga..Kuat lagilah dia menangis..Huhhhuuuuu..Lega lah dah siap..Lepas tu keluar dari bilik dan bayar RM20 di kaunter..

Keluar daripada bilik doktor..Masih bersisa tangisan dia..
Muka Sarah memang kelat aje lah lepas tu..Huhuuu..Tapi kami pujuklah Sarah, cakap cantik dia pakai subang..Bila masuk dalam kereta, dia pun beleklah telinga dia..Dah ade subanglah..Hehee..Berjaya juga misi menindik telinga anak mommy ni :)

Belek subang dia kt cermin..Feeling better this time
Sebenarnya x berapa centre kedudukan subang tu..Doc tu tak tanda pun telinga. Sebelum ni mommy baca blog2 orang lain, kat kedai diorg tanda dulu bagi centre..Tapi doc ni dh expert kot..Hehehe..Tapi taklah nampak sangat x centre tu..Lagipun x de la org lain nak belek2 subang tu centre ke tidak kedudukannya kan ;p

So lepas ni balik kampung boleh lah beli subang emas utk Sarah dan subang baru utk mommy jugak. Dengarnya harga emas sekarang tengah turun, rugi tak membeli :)

Tertidur..Menahan sakit telinga
Balik dari klinik, mommy belikan aiskrim McD chocotop sebagai reward kpd Sarah yang berjaya tindik telinga..Kt rumah asyik duk depan cermin jer tengok kiri kanan telinga dia yang dah ade subang..Heheeee comel anak mommy :)

Ceria jer dapat makan aiskrim..
Mommy loves you, Sarah!

A moment to remember ;)

No comments: