Thursday, July 18, 2013

Confinement is over..

Alhamdulillah, sudah 2 minggu berlalu dan semalam adalah hari terakhir mommy berpantang. 

Pantang orang yang keguguran ni sama seperti orang bersalin berpantang. Cuma tempohnya lebih singkat. Ada juga wanita yang keguguran langsung tidak berpantang. Tapi mommy sendiri yang nak berpantang disebabkan badan merasa seram sejuk bila kaki cecah ke lantai..Jadinya stokin memang dipakai sentiasa. Since mommy cuma dapat MC seminggu aje, maka di ofis pun akan berstokin tebal dan berjaket tebal sebab aircond di ofis suhunya sangatlah sejuk..Boleh sakit tulang dibuatnya dalam keadaan berpantang ni..

Bengkung hanya pakai PB mommy tu..Mandi pula guna gel mandian serai wangi keluaran Afiat. Memang mommy gunakan masa bersalin Sarah dulu..Supplement makan Shaklee dan baki jamu Afiat yang tak termakan dulu pun sambung aje makan..Mommy ada juga makan Qaseh Gold, jus kurma yang tengah hot di pasaran sekarang ni. Alhamdulillah, badan pun rasa sedap je..

Bab makanan dalam pantang pula, kali ni masak sendiri aje..Masak pun yang simple saja. Ikan bakar, ikan singgang, sup ayam pencen, ayam masak halia, ayam masak paprik, bilis tumbuk..Cepat dan sedap dimakan ;p

Mommy pun ada juga berurut sekali..Memang sedap berurut kali ini. Maklum sajalah sebelum ini masa bersalinkan Sarah tidak berurut sangat sebab czer. Nenek mommy pun tak berani nak sentuh kawasan perut. So dia urut tang selain perut lah..



Rupanya dengan akak yang urutkan mommy tu dia urut juga org yang bersalin czer selepas 10 hari..Kakak yang urut ni pun urutannya 'berasa'..Sakit lah macam nenek mommy urutkan tu..Lepas ni kalau nak berurut, mommy akan contact akak ni ajelah :)

Terima kasih Ya Allah di atas dugaan ini. Dengannya, aku belajar menjadi lebih tabah dan bersabar apabila diuji dengan kehilangan. Semua di dunia ini tiada yang kekal dan tiada satu pun milik kita. Dia boleh mengambil kembali daripada kita bila2 masa yang Dia mahu..

Semoga mommy menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya :)


No comments: