Monday, July 22, 2013

Nenek si bongkok tiga

Besar betul impak Upin Ipin kepada kanak-kanak termasuklah Sarah Ardini..Dalam banyak-banyak rancangan kartun, siri Upin Ipin paling digemarinya..Seingat mommy sejak Sarah 2 tahun kot baru Sarah minat nak tengok tv. Sebelum tu pandai main aje..



Sekarang ni tab Samsung abah tu dah macam hak milik kekal Sarah pulak. Balik dari rumah tok mi (bs) aje mesti cari mana tab Sarah? Huhuuu..

Rasanya Sarah petah bercakap ni pun kesan dari menonton siri Upin Ipinlah..Memang kadang2 tu tak sangka perkataan yang keluar dari mulut Sarah..Pada mommy, Upin Ipin ni banyak nilai2 murni yang dapat dicontohi oleh budak2 kecil seperti Sarah. Menghormati orang tua, tolong menolong, bekerjasama, berdikari dll. Boleh dikatakan mak ayah pun siap boleh hafal lah dialog Upin Ipin tu..Hahaahaaa..

Paling tak tahan, semalam Sarah menyanyi lagu nenek si bongkok tiga..Hahaha..terkezut mommy..Tak sangka anak dara tu pandai pulak menyanyi..Sebelum ni dia pandai nyanyi lagu alif ba ta, abc, 123 dengan gong xi fa chai versi mei mei aje..Bila semalam dia nyanyi lagu nenek si bongkok tiga, jadi tergamam mommy dan abah ;p


Harap2 lepas ni adalah pula episod Upin Ipin mengaji al quran ke, belajar berdoa dan bersolat ke..Bagus juga tu..Bolehlah anak2 kita belajar bersama..Setakat ni Upin Ipin asyik dok baca doa makan jer..Doa nk belajar, masuk tandas belum ada lagi ;p
 

No comments: