Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah..ahlan wasahlan ya Ramadhan..syukur masih diberikan kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini..

Insyaallah, ramadhan kali ini mommy berazam untuk membuat yang terbaik..Setelah 3 tahun diberi rezeki berpuasa penuh, kali ini tidak lagi kerana mommy masih berpantang..Harap2nya dalam tempoh terdekat dapatlah berpuasa hendaknya..

Seronok pula rasanya duduk di rumah..Dapat meluangkan masa sepenuhnya dengan Sarah..Jika mommy bekerja, masa yang terluang tak mencukupi untuk mommy bermesra dengan Sarah..Masa bercuti ni dapatlah mommy suapkan makan ke mulut Sarah..Mommy realize yang anak mommy ni makan nasi banyak juga..Hehehe..sebab sebelum ni kalau makan malam, Sarah tak berapa nak makan sangat..Mungkin sebab makan time di rumah pengasuh biasanya pada jam 5 ptg..So malam tu biasanya Sarah dah kenyang..Alhamdulillah, mungkin inilah hikmahnya di sebalik kejadian miscarriage tempoh hari..Mommy dapat membina hubungan yang lebih akrab dengan Sarah..Mommy sayang Sarah!

Sedikit perkongsian yang mommy dapat dalam fb pagi tadi..


Selamat berpuasa to all muslims!

No comments: